La Liga akan memulakan kempennya pada pertengahan Ogos. Namun Barcelona masih gagal untuk mendaftarkan nama Lionel Messi meskipun pemain itu sudah mencapai kesepakatan dengan Barcelona.
Selain Messi, nama Aguero dan Memphis Depay masih tidak rasmi didaftarkan dalam La Liga. Berbeza dengan Messi, nama Depay dan Aguero dilihat lebih cerah untuk ‘clear’ kerana gaji mereka lebih rendah.
Dalam pada masa yang sama, untuk daftar rasmi pemain di Laman Rasmi La Liga, ianya mungkin kerana sistem belum dikemaskini untuk pemain baru. Berbeza dengan Messi di mana pemain itu sebelum ini memang sudah ada, cuma sekarang namanya dikeluarkan.
Laman rasmi La Liga mengeluarkan nama Messi daripada daftar pemain mereka. Ini kerana pemain tersebut masih tidak rasmi didaftarkan sebagai pemain Barcelona.
La Liga's website has removed Leo Messi's page as a La Liga player and removed him from the Barcelona squad. pic.twitter.com/9uEUhZwikH
— Barça Universal (@BarcaUniversal) July 22, 2021
Barcelona masih gagal mengurangkan kos operasi terutama sekali skala gaji pemain mereka. Antara sebabnya adalah kegagalan menjual beberapa pemain bergaji besar seperti Griezmann, Coutinho dan Dembele.
Kesukaran Barcelona ini didorong banyak faktor. Tiga pemain tersebut gagal menunjukkan aksi terbaik mereka dalam beberapa musim bersama Barca.
Seterusnya, mereka dilaporkan tidak menerima pemotongan gaji jika berpindah ke kelab baru. Misalnya, kontrak semasa dengan Barcelona masih ada dua tahun lagi, mereka mahu, 2 tahun pertama kontrak di kelab baru mereka menerima bayaran gaji yang sama.
Barcelona sudah mendaftarkan beberapa pemain termasuk Eric Garcia, Memphis Depay dan Aguero. Messi pula dikatakan sudah menerima pemotongan gaji 50%. Namun mereka masih gagal mendaftarkan Messi berdasarkan status akaun semasa.
Tetapi buat masa ini, nama Aguero, Depay dan Messi kesemuanya masih belum lulus didaftarkan secara rasmi.
Beberapa pemain lagi turut disenarai dalam bursa perpindahan untuk dibida kelab lain termasuk Lenglet, Dest dan Umtiti. Buat masa ini, perkembangannya masih perlahan.
Seterusnya Miralem Pjanic dan juga Neto juga dikatakan sedia untuk dilepaskan jika ada tawaran yang bagus.
Griezmann dilihat sebagai penyelesaian kepada Barca sebelum ini ketika pemain itu setuju kembali ke Atletico secara pertukaran dengan Saul. Malangnya deal itu tidak dapat diteruskan.
Griezmann dikatakan tidak mahu menerima pemotongan gaji. Dan Saul pula tiba tiba mahu ke EPL.
Simeone tetap masih berharap Griezmann akan menyertai mereka. Dan pemain itu sudah memberitahu Barcelona, dia hanya mahu ke Atletico atau terus kekal di Barca.
Jika keadaan ini berterusan, Messi tidak boleh didaftarkan pada tarikh akhir pendaftaran liga pada awal musim.
Dan jika ini yang berlaku, maknanya Messi terpaksa bercuti sekitar 4 bulan menunggu jendela perpindahan dan pendaftaran pemain pada Januari.
Kes Arda Turan dan alternatif
Barcelona sebelum ini pernah mengalami nasib yang sama pada senario berbeza. Di mana mereka dilarang mendaftarkan nama Arda Turan kerana kesalahan ada unsur unsur tapping pada perpindahan itu.
Barcelona gagal meminjamkan Turan ke kelab lain dan dia hanya berada dalam sesi latihan Barca.
Adakah Messi akan mengalami nasib serupa? Atau dia akan beraksi dahulu di liga lain menunggu Januari?
Barcelona pada masa yang sama perlu berusaha keras lagi mengurangkan bil gaji pemain mereka. Kemasukan semula penyokong adalah kunci penting. Jika penyokong dibenarkan hadir ke stadium pada kapasiti besar atau penuh, Barca boleh menggunakan ia sebagai butiran kewangan mereka.
Namun buat masa ini, keadaan nampak kurang memihak kepada mereka. Tarikh akhir pendaftaran pemain untuk awal musim adalam pada hujung Ogos. Ataupun selepas 2 minggu sepak mula La Liga.
Barcelona sudah berikrar mereka akan memastikan kesemua pemain baharu dan Lionel Messi akan beraksi pada awal musim ini.
Selain daripada alternatif hanya kekal berlatih, atau pergi ke kelab lain, Messi dan Barca mungkin boleh merombak semula kontrak dengan gaji lebih rendah. Ini mungkin akan membuatkan kontrak jangka pendek terpaksa dibuat. Misalnya lanjutan setahun. Itu bergantung kepada Messi.
Memahamai ECP La Liga
La Liga mengesahkan status Messi sebagai belum rasmi ada kontrak dengan kelab Catalan itu secara perundangan dari sudut ekonomi.
Krisis kewangan Barcelona telah banyak ditulis tertutamanya terutamanya sejak pandemik melanda dunia.
Semua kelab terkesan apabila penyokong tidak lagi dibenarkan ke Stadium dan ia menjejaskan pedapatan kelab.
Barcelona tidak terkecuali, hutang kelab semakin meningkat dari bulan ke bulan, faktor gaji besar pemain menjadikan angka tersebut naik dengan cepat.
Masalah tersebut memaksa pihak authorities liga mula campur tangan dan tidak membenarkan Barcelona mendaftar 4 pemain yang baru ditandatangi kelab pada musim ini.
Barcelona perlu menunjukkan kelab mempunyai pelan penjimatan sehingga €200 juta untuk menyakinkan pihak liga bahawa kewangannya berada dalam landasan yang betul.
La Liga cukup tegas dengan peraturan La Liga’s economic controls yang mirip UEFA financial fair play (FFP).
Model yang ditiru MFL di Liga Malaysia cuma di sini, boleh je rembat sign pemain walaupun akaun pasukan negatif. Lepas tu pakat potong mata.
Di sana tak boleh!
Situasi itu meletakkan Barcelona sukar memberikan kontrak baru kepada Messi sebelum ini. Mujur pemain itu sangat sayangkan Barca dan sanggup menerima pengurangan separuh daripada gajinya. Banyak tu.
Berikut adalah penjelasan mengenai masalah yang dihadapi Badelona dan bagaimana kelab itu boleh menyelesaikannya.
Barcelona tidak dibenarkan daftar pemain baru
Selepas musim 2020/21 melabuhkan tirai, Presiden Barcelona Joan Laporta pantas mengumumkan 4 pemain baharu bagi memperkuatkan pasukannya bagi menghadapi saingan musim 2021/21.
Sergio Aguero, Eric Garcia, Emerson Royal dan Memphis Depay dibawa masuk. Kecuali Emerson, kesemua pemain didapati secara percuma.
Disamping itu Barcelona hampir mendapatkan Georginio Wijnaldum. Tetapi pada saat akhir pemain Belanda itu memilih menyertai Paris Saint Germain.
Disebabkan majoritinya pemain baru hadir secara percuma, secara perakaunan Barcelona belum membelanjakan wang. Disudut lain. Aguero dan Depay bersetuju menerima gaji lebih rendah berbanding sebelumnya.
Namun disebabkan kelab mempunyai hutang yang tinggi, La Liga’s economic controls tidak membenarkan Barcelona menambah satu sen pun bil gaji dalam kewangan kelab sehingga hutang mereka menurun ke paras selamat.
Maksudnya kurang boleh, tambah tak boleh. Sama pun tak boleh.
Apa itu La Liga’s Economic Controls
Pada tahun 2013 pihak La Liga mewujudkan Jabatan La Liga’s economic control. Kakitangan jabatan tersebut akan menganalisis dan memantau setiap pergerakkan kewangan kelab yang bermain di Primera (divisyen 1) dan Segunda (divisyen 2).
Hasil dari analisis itu, pihak tersebut akan menetapkan had belanja perbelajaan yang perlu dipatuhi.
Had belanja tersebut meliputi jumlah gaji pemain utama dan staf kejurulatihan skuad utama.
Ia juga merangkumi perbelajaan pemain dan jurulatih simpanan dan akademi kelab.
Kelab boleh merancang perbelanjaannya dengan acuan sendiri tetapi tidak boleh melepasi jumlah had yang dibenarkan.
Setiap tahun, semua kelab perlu melaporkan data kewangan sebelum jendela perpindahan hujung musim dibuka.
Selain jangkaan pendapatan musim hadapan kelab perlu mendedahkan keuntungan atau kerugian pada musim sebelumnya.
Perbelanjaan pengurusan, kontrak kakitangan, duit simpanan kelab, perbelajaan pembayaran hutang lama, pelaburan dan pendapatan dari sumber lain juga perlu dilaporkan.
Bagi tujuan perakaunan, jumlah transfer fee akan dibahagi mengikut tempoh kontrak pemain tersebut.
Sebagai contoh jika pemain itu dibeli pada harga €10 juta dengan kontrak 5 tahun maka laporan akaun untuk kes tersebut adalah €2 juta setahun.
La Liga’s Economic controls mempunyai sistem perisian, sistem tersebut akan menilai data kewangan yang telah dikemaskini mengikut laporan tahunan.
Jika kelab melepasi had kewangan yang telah dibenarkan maka pendaftaran baru tidak akan diluluskan sehingga masalah tersebut diselesaikan terlebih dahulu.
Dalam kes 4 pemain Barcelona, gaji mereka merupakan perkara yang dinilai walaupun tidak mempunyai transfer feel.
Perbezaan dengan UEFA Financial Fair Play
La Liga’s Economic controls bukan UEFA Financial Fair Play tetapi ia hampir mirip. Ia bertujuan memastikan kelab tidak muflis dan berkubur akibat perbelanjaan melampau.
Kelab perlu berbelanja mengikut pendapatan tulen. Peraturan tersebut juga tidak membenarkan pemilik kaya menyuntik dana peribadi ke dalam kelab.
Ia boleh membuatkan kelab tidak stabil kerana tidak berdiri atas pendapatan tulen tersebut. Jika pemilik kaya tersebut menarik diri, kos besar akan ditanggung oleh pemilik baru yang mungkin tidak sekaya pemilik lama.
Kelab perlu berdiri atas pendapatan tulen untuk mengelak situasi itu berlaku. Perbezaan besar antara La Liga’s Economic controls dan UEFA Financial Fair Play, UEFA Financial Fair Play melihat semula perbelanjaan beberapa musim sebelumnya.
La Liga’s Economic controls menilai situasi semasa sebelum had perbelanjaan dikeluarkan.
Disebabkan itu pihak La Liga tidak melarang Barcelona melakukan pengambilan pemain baru beberapa minggu lepas.
Situasi Barcelona
Barcelona kini sedang menanggung hutang sebanyak €1.3 billion. Pada bulan lepas Barcelona telah mendapat kebenaran untuk melakukan pinjaman sebanyak €525 juta.
Berikutan situasi semasa itu jelas Barcelona tidak lagi mempunyai ruang besar untuk menambah lagi kos perbelanjaan kerana perlu membelanjakan pendapatan baru untuk membayar hutang.
Kembali kepada musim 2019-20, Barcelona mempunyai salary cap tertinggi di La Liga iaitu €671 juta. Pada musim lepas ia menurun kepada €347 juta.
Jumlah yang dibenarkan pada musim ini masih belum dipastikan tetapi menurut beberapa radio di Sepanyol ia mungkin dalam anggaran €160 juta.
Ia bermakna Barcelona hanya dibenarkan berbelanja 25% dari jumlah yang mereka belanja pada dua musim lepas. Pebelanjaan itu termasuk yuran perpindahan dan gaji pemain.
Barcelona masih lagi mempunyai angka perbelanjaan (yuran perpindahan yang dibahagi mengikut kontrak) dengan Philippe Countinho (€ 20 juta), Antoine Griezmann (€ 27 juta) dan Ousmane Dembele (€ 24 juta).
Jumlah tersebut akan mengikis perbelanjaan yang dibenarkan €160 juta tadi. Barcelona perlu menjual beberapa pemain yang boleh mendatangkan wang kepada kelab tertutamanya pemain yang mempunyai gaji besar -untuk mengurangkan perbelanjaan.
Langkah Barcelona
Pada beberapa minggu lepas Barcelona telah melakukan langkah merasionalisasikan kewangan kelab. Pemain muda Junior Firpo sedang dalam proses dijual ke Leeds United, Jean-Clair Todibo ke Nice dan Konrad De La Fuente ke Marseille.
Barcelona juga meminjam keluar Franscisco Trincao ke Wolves untuk mengurangkan bil gaji kelab. Langkah tersebut boleh menjana penjimatan sebanyak € 26.5 juta termasuk pengurangan bil gaji. Namun ia baru 10% dari angka yang perlu diturunkan.
Barcelona perlu menjual dan mengeluarkan pemain bernama besar yang mahal. Dilaporkan Samuel Umtiti dan Miralem Pjanic akan melangkah keluar dari Barcelona.
Dua pemain lagi dalam senarai untuk dijual adalah Coutinho dan Dembele. Kedua-dua pemain ini mempunyai rekod kecederaan yang tidak baik dan harganya akan menjadi rendah dari pasaran.
Bagaimanapun, jika Barcelona berjaya menjualnya ia merupakan satu kejayaan untuk menyelamatkan kewangan pasukan.
Gerrard Pique pula bersetuju -dalam kontrak baru- untuk ‘menangguhkan’ sebahagian gaji supaya ‘dalam akaun’ perbelanjaan kelab tidak terlalu tinggi.
Laporta juga ingin menggunakan kaedah itu terhadap Busquets dan Jordi Alba. Sergi Roberto pula dijangka akan dilepaskan secara percuma.
Pada hari ini Griezmann merupakan penerima gaji paling tinggi di Barcelona, €20 juta setahun sebelum cukai.
Bagaimana dengan Messi
Situasi Messi sudah dijelaskan di atas, dia adalah fokus utama Barca sekarang. Sebelum Messi membuat keputusan drastik membatalkan kontraknya atas sebab kelab tidak dapat mendaftarkan namanya atas masalah yang diwujudkan kelab itu sendiri. Bukan kesalahan di bahunya.