Liga Pro Belgium U Turn Dan Setuju Aksi ‘Rematch’ Seperti Diminta Genk

Liga Pro Belgium telah mencipta sejarah tersendiri apabila satu keputusan kontroversi dibuat yang mungkin akan menjadi rujukan di masa akan datang.

Liga Pro Belgium telah bersetuju untuk mengadakan replay atau perlawanan semula kerana kesilapan pengail dan VAR.

Satu kesilapan yang dianggap tidak boleh diterima berlaku dalam pengadilan ketika aksi Genk vs Anderlecth di Lotto Park pada 22 Disember lalu.

Ini apabila Genk kalah 2-1 dalam perlawanan itu di Lotto Park pada hujung tahun yang lalu.

Segalanya bermula apabila Yira Sor menjaringkan gol menerusi rebound selepas penalti yang tidak masuk.

VAR membatalkan gol itu kerana Sor didapati meceroboh kawasan penalti sebelum bola penalti disepak.

Gol itu dibatalkan dan sepakan percuma diberikan kepada Anderlecth.

Namun pengadil mengabaikan dua lagi pemain Anderlecht yang turut melakukan perkara sama. Jadi Genk merasakan bahawa mereka berhak mendapat penalti diambil semula atau retaken.

Genk membantah keputusan itu kerana menuduh VAR disilap guna.

Peraturan 14.5 oleh IFAB menyebut bahawa, jika berlaku pencerobohan oleh pemain daripada kedua dua pasukan, maka sepakan penalti itu harus diambil semula, sama ada bola masuk atau tak.

Genk mahukan perlawanan ulangan. Namun dibantah oleh Liga Pro Belgium. Mereka mengemukakan bantahan secara rasmi di atas perkara itu.

Setelah berbincang dengan jawatankuasa disiplin, keputusan itu diubah dan Liga Belgium akhirnya bersetuju untuk perlawanan ulangan.

Ini setelah mereka melihat rakaman video bahawa kesilapan pengadil dianggap terlalu ‘mudah’ atau bahasa kasarnya, kesilapan budak sekolah.

Menurut Daley Johnson, faktor paling penting yang membuatkan Genk memenangi kes ini adalah, pengadil salah guna peraturan permainan. Apabila kesalahan itu di tangan pengadil, maka pasukan yang menjadi mangsa berhak untuk mendapatkan replay jika ianya dianggap memberikan kesan sangat besar.

Ianya berbeza jika kesilapan seperti memasukkan pemain yang tak sah. Di mana pengadil tidak akan bertanggungjawab di atas perkara itu, dan apabila pegawai perlawanan mendapati ada pemain yang tak sah turun beraksi maka pengadil berhak memberikan kemenangan kepada pasukan lawan.

Tarikh untuk perlawanan semula masih belum ditetapkan. Genk ketika ini di tangga kelima dalam carta liga. Dan juara 34 kali Belgium berada di tangga kedua.

Pada Oktober tahun lalu, Jurgen Klopp pernah mengkritik VAR kerana membatalkan gol Luis Diaz.

Dan dia menyatakan perkara itu seolah olah tiada penyelesaian. Kalau ada pun mungkin menerusi perlawanan ulangan, yang mana menurut Klopp adalah mustahil.

Klopp Menggemparkan Peminat Dengan Meminta ‘Rematch’

Liverpool kalah 2-1 di tangan Spurs. Dengan terpaksa beraksi dengan 9 pemain selepas Curtis Jones Dan Diogo Jota dibuang padang.

Klopp ditanya tentang pandangannya berkenaan kesilapan pengadil dan VAR yang dianggap mempengaruhi perlawanan antara Spurs dan Liverpool.

PGMOL sudah meminta maaf kepada Liverpool dengan mengesahkan bahawa gol Luis Diaz sepatutnya diberikan. Audio perbualan pengadil dan VAR turut diterbitkan kepada umum.

Perdebatan mengenai kesilapan pengadil yang tidak dapat dibetulkan VAR menurut Klopp harus diselesaikan segera. Dan mungkin rematch adalah penyelesaian terbaik kepadanya.

“Saya rasa hanya rematch sahaja yang boleh menyelesaikan masalah yang berlaku. Walaupun saya tahu ianya tak mungkin berlaku. Kerana tak pernah terjadi sebelum ini.”

“Perdebatan tentang perkara ini akan berlaku, apabila kita membuka pintu kepada pasukan lain pun akan menuntut perkara yang sama.”

Beberapa pundit membincangkan potensi aksi replay untuk aksi Spurs vs Liverpool yang sama sekali dianggap mustahul oleh Liga Perdana Inggeris.