Liga Super 2011: XI Harimau Muda A, Bagaimana Karier Mereka Selepas itu?

Pada tahun 2011, Liga Super telah menampilkan sebuah pasukan pembangunan yang diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diberi nama Harimau Muda A.

Beberapa tahun sebelum itu, pasukan ini hanya dibentuk dengan sebuah pasukan, bermain di Liga Perdana (Divisyen 2) sebelum dipecahkan kepada A, B dan C.

Selepas 26 perlawanan, Harimau Muda A mencatat 12 menang, 7 seri dan 7 kalah. Menduduki tempat ke-5 dibelakang Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah.

Sepanjang tempoh itu seramai 30 pemain di bawah Dato Ong Kim Swee tampil di pentas tertinggi Malaysia yang disaksikan oleh ribuan peminat bola sepak tanah air di stadium atau di kaca televisyen.

Sudah semestinya mereka adalah sekumpulan anak muda bawah 23 tahun yang sedang dibangunkan.

Siapa 11 pemain yang menjadi nadi utama Dato Ong Kim Swee pada ketika itu dan bagaimana karier mereka selepas itu?

IZHAM TARMIZI ROSLAN, (14 penampilan)

Pada permulaannya Dato Ong Kim Swee lebih kerap menggunakan Zamir Selamat sebagai benteng terakhir skuad Harimau Muda A.

Namun selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 5 perlawanan bermula LS4, ditambah skuad ini melepaskan gol dalam kesemua perlawanan tersebut, Izham Tarmizi kembali disenaraikan.

Izham melakukan clean sheet ketika berhadapan dengan Kuala Lumpur dan Johor FC. Clean sheet itu agak bernilai kerana Harimau Muda memang 1-0, 6 mata untuk Harimau Muda dan posisi itu menjadi milik Izham.

Izham tampil 14 kali, Zamir Selamat sebanyak 10 kali dan Sasikumar Kumar 2 kali. Tidak lupa kepada nama Syamin Othman yang pernah muncul 3 kali dalam senarai pemain simpanan.

Zamir terlebih dahulu menyertai JDT namun gagal mengekalkan tempat disana sebelum Izham tiba pada musim 2014.

Walaupun tidak pernah mendapat musim sebagai penjaga utama tetapi kariernya lebih lancar berbanding Zamir yang berhijrah ke PKNS, Perak, Melaka United, Batu Dua, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pemain lain: Zamir Selamat, Sasikumar Kumar, Syamim Othman

MAHALI JASULI, 17 (2) perlawanan

Mahali Jasuli merupakan pemain yang jarang tersisih dan bermain di pertahanan kanan. Rafiuddin Roddin, Kavi Chelvan dan Bashahrul Abu Bakar akan digunakan jika Mahali tidak dapat disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Ketiga-tiga pemain tersebut bukanlah pemain pertahanan sisi ketika di skuad Harimau Muda ataupun selepas itu.

Selepas kembali ke Selangor selama semusim Mahali seterusnya menyertai JDT selama 7 musim termasuk dipinjam ke PKNS.

Kini pemain ini bersama Petaling Jaya City dan sedang berusia 31 tahun.

Walaupun tidak mencipta nama sebagai bintang Liga Super, Rafiuddin boleh dikatakan berjaya menempatkan nama berbanding Basharul.

Pemain lain: Rafiuddin Roddin, Kavi Chelvan Vivenkanathan, Basharul Abu Bakar

AFFIZE FAISAL MAMAT, 16 (1) penampilan

Hanya 2 nama yang digunakan oleh Dato Ong Kim Swee di posisi pertahanan kiri. Mereka adalah Affize dan Nazirul Naim Che Hashim.

Affize lebih mendapat tempat berbanding Nazirul dengan tampil sebanyak 17 kali berbanding Nazirul 14 kali termasuk 6 kali dari bangku simpanan.

Selepas keluar dari program Harimau Muda, Affize menyertai kelab yang pada ketika itu sedang melakukan projek besar, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Affize kembali ke negeri kelahirannya pada tahun 2016 tetapi bukan lagi sebagai pemain pertahanan sisi.

Pada ketika itu, pertahanan kanan Ahmad Yusuf, Mike Mulvey dan seterusnya Mustafa Kamal diperkuatkan oleh Yong Kuong Yong dan Hafizal Muhammad.

Karier Affize tidak menyamai apa yang dicapainya ketika di Harimau Muda, malahan Nazirul lebih berjaya mencuri tumpuan dengan pasukan negeri kelahirannya.

Pemain lain: Nazirul Naim Che Hashim

FADHLI SHAS, 21 penampilan

Pada ketika itu Fadhli Shas hanya berusia 20 tahun, paling muda berbanding pertahanan tengah yang dimiliki Dato Ong Kim Swee kecuali Amer Saidin.

Fadhli hanya terlepas 5 perlawanan dan menyumbang 1 jaringan ketika menewaskan T Team 3-1 .

Pada tahun selepas itu, pemain kelahiran Perak ini terus kekal menjadi pilihan utama jurulatih apabila bermain di Liga Singapura.

Selepas tamat program bersama Harimau Muda, Fadhli menyertai JDT dan terus kekal sehigga hari ini.

Walaupun keseluruhan kariernya tidak berada dalam status pemain utama Liga Super, menyertai pasukan terbaik di Malaysia sudah memadai.

MUSLIM AHMAD, 12 penampilan

2 musim Harimau Muda di Liga Super dan Liga-S, Dato Ong Kim Swee mengembangkan 3 pemain pemain pertahanan tengah secara regular.

Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan Shahrul Saad.

Bagi Muslim, dia mendapat peluang pada tahun 2011 dan Shahrul pada musim 2012. Sementara itu Fadhli berada di kedua-dua musim.

Ketika itu Muslim bersaing sengit dengan Amer Saidin untuk mendapat tempat untuk berpasangan dengan Fadhli Shas.

Setahun sebelum Fadhli tiba di JDT, Muslim terlebih dahulu menyertai pasukan itu tetapi Muslim kembali ke Terengganu terlebih dahulu.

Persepsi kepada pemain ini agak agak negatif selepas isunya dikeluarkan oleh pemilik kelab. Kenyataan itu mampu meletakkannya sebagai pemain yang mengatur perlawanan.

Muslim terpaksa mencari semula reputasinya selama 3 tahun ketika bersama PDRM dan Kelantan. Mungkin Pahang berjaya memberi semula reputasinya yang hilang.

Musim menyertai Pahang pada tahun 2017, bermula dengan 13 penampilan pada musim pertama, pemain ini meningkat dengan 34 dan 30 penampilan pada 2 musim seterusnya.

Pemain lain: Amer Saidin, Nazri Ahmad, Faizal Muhammad

 

IRFAN FAZAIL, 20 (2) penampilan

Walaupun Harimau Muda menamatkan kempen Liga Super dengan memberansangkan namun boleh dikatakan 6 pemain tengah yang digunakan tidak berjaya menjadi bintang.

Irfan merupakan nadi pasukan ini dengan muncul 22 kali. Bekas pelatih Sekolah Sukan Bukit Jalil ini menyertai JDT tetapi gagal menjadi pemain utama, malahan dia juga gagal mendapat status rotation.

Ketika umurnya hampir memasuki 30 tahun mungkin peluang pemain ini mencipta nama di liga tertinggi Malaysia semakin tipis.

SHUKOR JUSOH, 15 (2) penampilan

Shukor Jusoh antara yang paling berjaya menembusi pasaran pemain di Liga Super. Dia banyak bermain ketika kembali ke Terengganu dan kemunculannya di Selangor selama 2 musim juga tidak mengecewakan.

Sebelum kembali ke Terengganu, dia bersama skuad terbaik Felda United pada musim 2016 bersama seorang lagi rakannya Sivanesan Shanmugan.

Shukor bertindak sebagai pemain pilihan ke-2 membantu Lutfulla Turaez, Zah Rahan Krangar dan Syahid Zaidon (juga dari skuad Harimau Muda A-2011) dalam persaingan merebut kejuaraan menentang JDT.

Pada masa ini, Shukor sedang berada di fasa terakhir di TFC II. Berusia 31 tahun mungkin masa yang sesuai untuk membantu pemain muda.

Pemain lain: Syahid Zaidon

GARY STEVEN ROBBAT, 13 penampilan

Gary merupakan pemain lebih penting berbanding Gurusamy Kandasamy, Sivanesan Shanmugan dan Syahid Zaidon.

Tetapi pemain ini tidak mempunyai momen besar dalam kancah saingan domestik selain isu perebutannya melibatkan 2 pasukan besar Malaysia.

Akhirnya JDT berjaya mendapatkannya.

Walaubagaimana pun pemain masih berusia 27 tahun dan masih mempunyai sedikit masa untuk menjadi pemain yang dikenang pada masa akan datang.

Karier Gary tidak bertambah baik apabila bermula dengan 17 kali pada musim 2016 sererusnya 6 kali pada musim berikut.

Gary muncul 10 kali pada musim 2018 dan hanya 2 kali sebagai pemain simpanan pada tahun 2019. Kini dia tidak berada dalam pasukan utama.

Dari pemain muda yang menjadi rebutan yang mungkin hilang dari radar kecuali nasib ajaib berlaku kepadanya.

Pemain lain: Sivanesan Shanmugan, Gurusamy Kandasamy

FANDI OTHMAN, 22 (3) penampilan

Lebih memikat dari Wan Zack Haikal, lebih menarik dari Wan Zahrulnizam Zakaria, jauh meninggalkan Ferris Danial Mat Nasir tetapi itu hanya pada tahun 2011.

Karier Fandi dikejar oleh kesemua pencabarnya dalam skuad Harimau Muda selepas keluar dari program ini.

Fandi menjadi pemain paling digunakan oleh jurulatih berbanding 30 pemain dalam skuad itu.

Menjaringkan 6 gol dan 3 darinya kemenangan secara terus kepada pasukan yang merekodkan 12 kemenangan.

Selepas gagal menembusi kesebelasan utama di JDT, dia dipinjamkan ke Melaka United dan menyertai kelab kecil Felcra United.

Fandi menyertai PKNS dan kini bersama Kuala Lumpur. Dalam 4 perlawanan Liga Perdana 2020, Fandi baru sahaja muncul 20 minit bersama skuad warga kota itu.

Adakah pemain muda yang bersinar 2011 berjaya menembusi kesebelasan utama pasukan liga ke-2 ini?

Pemain lain: Wan Zahrulnizam Zakaria

WAN ZACK HAIKAL WAN NOR, 16 (4) penampilan

Dari segi sudut keberjayaan menempatkan diri dalam kancah tertinggi Malaysia, pemain ini boleh dikatakan okay walaupun mempunyai banyak siri kecederaan.

Ketika bersama Harimau Muda, dia menjaringkan 2 gol dan di Liga S dia menjadi lebih tajam dengan 5 gol dalam 17 penampilan.

Dia ditandatangi Kelantan ketika cedera di FC Ryukyu, selepas itu menyertai Felda United sebelum cedera di Selangor.

Tampil 21 kali bersama Kelantan-2016 dengan 5 jaringan merupakan rentetan prestasi baiknya pada musim sebelumnya.

Zack hanya muncul pada jendela perpindahan kedua pada musim sebelumnya dan terus menjadi penjaring dan mencipta bantuan gol terbanyak pasukan.

Selepas itu dia muncul 23 kali bersama Felda United juga dengan 5 jaringan.

Apa yang belum dibalas oleh pemain ini berlaku di Selangor. Selepas lebih 12 bulan disana, dia masih belum muncul dalam sebarang perlawanan akibat 2 siri kecederaan teruk.

Pemain lain: Ferris Danial Mat Nasir

IZZAT FARIS RAMLAN, 10 (6) penampilan

Musim yang menyaksikan Dato Ong Kim Swee tidak mempunyai penyerang yang padu. Jurulatih ini menyerap masuk Hazwan Bakri bagi membawa cabaran pasukan di Liga S.

Thamil Arasu Ambumamee, Ravindran Krisnan, Syahrul Azwari dan Haziq Zikri Elias antara penyerang tengah yang berada dalam pilihan Kim Swee.

Izzat menjadi pilihan kegemarannya. Pemain ini menjaringkan 9 gol sepanjang kempen Liga Super.

Tetapi nasib pemain ini tidak secerah potensinya ketika berada di sana. Dia mengalami kecederaan dan banyak berada dalam senarai tidak digunakan ketika bersama Terengganu, T Team dan Melaka United.

Izzat terpaksa bermain dengan pasukan kecil seperti Terengganu City dan Batu Dua FC ketika usianya belum menacapai 30 tahun.

Pemain lain: Syahrul Azwari, Thamil Arasu Ambumamee, Ravindran Krisnan, Haziq Zikri Alias