Liga Super Eropah Akan Bermula 2025, Dan Ini Senarai Pasukan Yang Sah Bertanding!

Presiden Barcelona, Joan Laporta mengesahkan bahawa Liga Super Eropah / ESL akan berlanysung bermula musim 2025/2026 yang akan datang.

Sebelum ini mahkamah keadilan di Sepanyol telah membatalkan campur tangan FIFA dan UEFA sebelum ini yang melarang penganjuran Liga Super Eropah.

Ia dianggap satu kejayaan oleh pihak yang mahu meneruskan idea Liga Super Eropah itu.

Barcelona, Real Madrid dan Juventus adalah 3 kelab besar yang teguh berdiri mahu menganjurkan ESL. Walaupun pasukan pasukan lain sudah menarik diri.

Menurut Florentino Perez, UEFA adalah mafia yang mengugut kelab kelab eropah lain menarik diri dengan meletakkan pelbagai tekanan dan hukuman ke atas mereka.

Terbaru presiden Barcelona, Joan Laporta menyebut sudah banyak kelab yang mengesahkan penyertaan mereka. Dan dia terkejut kerana tiada pasukan dari England yang menyertai.

“Saya benar benar tak percaya bahawa pasukan dari England tak menyertai kami.

“ESL ketika ini benar benar hidup!,” tegas Laporta yang mendakwa bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab mencadangkan agar ESL bermula pada musim 2025 atau tahun depan.

“Ianya akan berlangsung bermula musim hadapan atau musim 2025/26. Jika tidak, buat apa saya buang masa memikirkan tentangnya, kerana sekarang ini UEFA pun sedang bersungguh sungguh mahu mengekalkan Barca dalam ECA [Persatuan Kelab Kelab Eropah].

“Sama ada kelab Inggeris datang menyertai kami atau tak, saya dah tak peduli. Sebab mereka memang dah ada Liga Super sendiri iaitu EPL.

“Saya percaya kehadiran kelab dari negara negara lain sudah cukup untuk membentuk pertandingan ESL.

Laporta kemudian mendedahkan nama nama kelab yang akan bersaing dalam ESL.

“Sebagai tambahan kepada 2 kelab yang memang sah bertanding iaitu Barca dan Madrid, kami akan ada kelab Itali: Inter, Milan, Naples dan AS Roma.

“Juga kelab dari Perancis: Olympique de Marseille, tiga kelab Portugal: Sporting, Benfica dan Porto. Mereka semua berbesar hati mahu datang menyertai.

“Kemudian ada 3 kelab Belanda: Ajax, Feyenoord and PSV serta kelab dari Belgium iaitu Club Bruges dan Anderlecht. Pertandingan dengan 16 pasukan adalah lebih baik.”

Laporta masih berharap kelab kelab Sepanyol datang menyertai mereka kecuali Atletico yang dianggap pengkhianat kerana menarik diri.

Laporta turut mendedahkan bahawa piramid bola sepak Eropah di bawah FIFA sudah rosak. Beliau melabel UCL sebagai pertandingan yang memberikan kemudaratan kepada kelab.

“Pemain pemain, dan ejen menjadi semakin kaya, UEFA mahu kita bermain mengikut kehendak mereka. Ini telah memudaratkan kelab kelab yang terlibat. Kami tidak mendapat bayaran yang setimpal, daripada pertandingan elit kelab di eropah [UCL].”

Barcelona kini masih bergelut untuk keluar daripada masalah kewangan yang mereka hadapi sejak pandemik dahulu.

Laporta menggantikan Bartomeu untuk menyelamatkan Barcelona daripada muflis. Namun impak daripada beban hutang mereka masih lagi dirasai sehingga kini.

Dalam beberapa tahun ini Barcelona sukar mendaftarkan pemain baharu kerana sekata FFP. Mereka beroperasi dengan dana sangat minimum.

Baca yang lain