Ligue 1 Larang Pengadil Hentikan Perlawanan Ketika Buka Puasa

Ligue 1 dilaporkan tidak akan meniru langkah yang diambil oleh EPL bagi pemain yang berbuka puasa.

Di mana sebelum ini EPL mengesahkan bahawa perlawanan akan dihentikan seketika beberapa minit untuk memberikan peluang kepada pemain berbuka puasa.

Pengadil akan berkomunikasi dengan kapten pasukan untuk mengetahui jika ada pemain yang perlu berbuka puasa.

Pengadil kemudian akan menghentikan seketika perlawanan sebagai tanda toleransi kepada pemain pemain beragama Islam.

Premier League sudah mengesahkan bahawa pengadil pengadil dan pegawai perlawanan mereka sudah diberikan taklimat berkenaan dengan perkara tersebut. Hasil kerjasama dengan NGO Islam di UK.

Namun di Perancis, perkara itu tidak akan berlaku sepanjang bulan ramadan. Di mana liga tersebut tidak akan menghentikan seketika perlawanan kerana berbuka puasa.

Perkara tersebut sudah diputuskan oleh pengurusan tertinggi Ligue 1 di Perancis.

Ligue 1 sudah menghantar e-mail rasmi kepada semua kelab berkenaan perkara tersebut.

Di mana mereka menulis bahawa tiada ‘gangguan’ atas kelancaran perlawanan dibenarkan sepanjang ramadan.

Mana mana pihak yang ingkar akan dikenakan tindakan disiplin.

Perancis merupakan antara negara eropah yang memiliki ramai penduduk beragama Islam. Dan negara itu menerima peningkatan sangat singnifikan masyarakat beragama Islam di Eropah.

Dalam sejarah bola sepak Perancis sendiri, pemain yang dianggap legenda no.1 negara tersebut adalah beragama Islam iaitu Zinedine Zidane.

Pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema juga beragama Islam yang dianggap sebagai salah seorang ikon bola sepak global.