Acara Monday Night RAW baru-baru ini dilanda kekecohan dengan beberapa aksi menarik dan lucu yang berlaku.
Juara Dunia WWE, Drew McIntyre telah disahkan positif C0V-19 dan beliau terpaksa menjalani proses kuarantin selama dua minggu.
Beliau sepatutnya dijadualkan untuk beraksi di acara kemuncak minggu ini bertemu Randy Orton dalam satu perlawanan tanpa sebarang kejuaraan yang dipertaruhkan.
.@RealKeithLee tests the limits of the ring 👀, #TheGame and #TheViper collide and MORE in this week's #WWERaw Top 10! pic.twitter.com/FySujsOgD1
— WWE (@WWE) January 12, 2021
Memandangkan Juara Dunia itu tidak dapat beraksi, Vince McMahon terpaksa mencari pengganti untuk bertemu dengan The Viper.
Calon terbaik dan paling layak untuk menggalas tugas itu tentunya menantu beliau sendiri Triple H yang sudah 18 bulan tidak beraksi.
Walau sudah lama tidak beraksi dalam gelanggang, namun aksi Triple H masih bagus dan tetap menyajikan yang terbaik untuk para peminat.
Gimik yang beliau bawa sememangnya berhasil dan menjadi, namun sayangnya gimik akhir perlawanan tersebut yang memperlihatkan Alexa Bliss tampil melepaskan bebola api ke muka Randy Orton nampak sedikit mengarut.
The ring broke. 😳 💪#WWERaw @RealKeithLee @WWESheamus @mikethemiz @TheRealMorrison pic.twitter.com/weElSEzD8b
— WWE (@WWE) January 13, 2021
Mungkin kerana tertekan dengan saingan utama mereka AEW, sehingga menyebabkan pihak kreatif WWE mengeluarkan idea gimik sedemikian rupa.
Aksi Triple H mendapatkan pujian ramai pihak di media sosial, dan bukan hanya beliau seorang sahaja yang menerima pujian di acara pada malam tersebut.
Sebelum perlawanan yang melibatkan anggota D-Generation X itu, Keith Lee dan Sheamus terpaksa bergabung berdua untuk menewaskan pasangan regu The Miz dan John Morrison.
Keith Lee (whoop👏🏾 whoop👏🏾) vs Keith Lee (oops oops) pic.twitter.com/N6KN2xKcqG
— Reckless Lee (@RealKeithLee) January 12, 2021
Ketika perlawanan itu berlangsung, ‘Limitless’ secara tidak sengaja telah merobohkan tali sisi gelanggang.
Beliau berlari merempuh Morisson di bahagian sudut gelanggang dengan rempuhan yang sungguh dasyat, dan oleh kerana itu, tali sisi gelanggang telah roboh jatuh ke bawah.
WHAT THE WHAT! 🤯#WWERaw @RealKeithLee @TheRealMorrison pic.twitter.com/Q23vmkDap5
— WWE (@WWE) January 12, 2021
Ia tidak seharusnya berlaku, pasti sekali ia merupakan kejadian yang tidak disengajakan, lihat saja bagaimana reaksi wajah Keith Lee sebaik tali tersebut jatuh.
WWE terpaksa memotong siaran dan beri ruang kepada pesanan penaja untuk mencuri sedikit waktu supaya para staff boleh membaik pulih semula tali gelanggang yang tercabut itu.
Antara kebaikkan beraksi tanpa penonton adalah, tiada siapa akan melihat kerja-kerja baik pulih tali gelanggang yang tercabut itu.
Selepas merobohkan tali gelanggang, Lee memberi tindak balas yang mencuit hati di laman sosial miliknya dengan menyatakan:
“Jangan saman saya bang.”
Keith Lee dan Sheamus berjaya menewaskan The Miz dan John Morrison di acara Monday Night RAW baru-baru ini.