Lihat Aksi Konfiden Vinales, Sekali Silap Moto, Itu Milik Rossi

Satu peristiwa lucu yang melibatkan Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) dan Valentino Rossi berlaku di tengah-tengah acara MotoGP 2020 Andalusia pada hari Ahad lalu.

Di mana Maverick Vinales telah tersilap mengambil motosikal milik Valentino Rossi.

GP Andalusia yang merupakan siri MotoGP 2020 kedua telah berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol.

Pada awalnya, di tengah persiapan untuk perlumbaan utama, Maverick Vinales kembali ke paddock untuk menggantikan motosikalnya.

Tiba di paddock, Vinales segera turun dari motosikal dan bergegas ke motosikal lain yang telah disiapkan oleh kakitangan Monster Energy Yamaha.

Namun, bukannya mengambil motosikalnya, Vinales sebenarnya sebaliknya tersilap mengambil motosikal milik rakan sepasukannya, Valentino Rossi.

Nasib baik, Vinales sedar setelah salah seorang kakitangan memberitahunya.

Haissh ingat senang ke The Doctor nak setting motor dia. Sampai bergaduh gaduh dengan team Yamaha tu.

Kemudian, kejadian lucu itu dimuat naik oleh media sosial rasmi MotoGP.

Lantas Vinales telah membuat permintaan maafnya kepada Valentino Rossi.

“Ketika anda berada pada tahap yang terlalu fokus,” tulis Vinales menjelaskan keadaan pada masa itu.

“Maaf Valentino Rossi, itu tidak sengaja,” sambungnya.

Valentino Rossi dan Maverick Vinales berjaya memastikan Monster Energy Yamaha menguasai dua tempat podium di GP Andalusia 2020.

Sekaligus melengkapkan dominasi penuh Yamaha dengan 3 pelumba berada di podium.

Selepas minggu yang sukar di GP Sepanyol, akhirnya Monster Energy Yamaha berjaya mempamerkan aksi bertenaga di GP Andalusia.

Maverick Vinales sekali lagi mencatatkan keputusan di podium di tangga kedua selama dua minggu berturut turut di belakang Fabio Quartararo.

Sebelum ini Valentino Rossi menyatakan bahawa pasukannya ada masalah pada motosikal.

Ianya berpunca daripada kondisi tayar dan kemudian mempengaruhi enjin dan prestasi motosikal secara keseluruhan.