Lihat Aksi Screamer Janda Liverpool Ini Membantu Rangers Menang

Masihkah kau ingat dengan Ryan Kent? Pemain yang dianggap prospek masa depan Liverpool dulu.

Beliau merupakan graduan akedmi Liverpool. Dan menyertai Rangers secara tetap pada perpindahan yang lalu.

Kent cemerlang dengan 2 gol untuk membantu Rangers menang 3-1 ke atas Hamilton untuk membantu kelabnya meneruskan cabaran kejuaraan liga.

Ryan Jack membuka tirai jaringan untuk Rangers. Namun ia disamakan oleh Lewis Smith.

Kent kemudian menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama dengan satu peluru misil yang padu. Ianya hasil perguruannya dengan Steven Gerrard yang memang pakar buat benda benda seperti ini.

Ini yang aku nak korang tengok sebenarnya. Sebab aku tahu korang rasa sesia baca perenggan kat atas, peduli apa kan dengan nama Ryan Jack la, Hamilton la.

Korang tengok gol ni, lepas tu komen nanti #donetengok:

Ryan Kent kemudian memastikan 3 mata di dalam genggaman Rangers dengan gol pada masa kecederaan.

Rangers kini sama mata dengan Celtic iaitu 34 mata. Tempat ketiga adalah kelab yang kawan aku sokong. Tak sangka pula jadi power musim ni iaitu Aberdeen. Kawan aku tu nama Nazreen. Nanti pandai la dia keluar sendiri cerita kehebatan Aberdeen.

Korang layan la highlight kat sini:

Baca yang lain