Lihat Aksi Thiago Dan Rodri Melakukan ‘Keepy Uppies’ Versi Penjarakan Sosial

Keepy uppies ataupun menimang bola merupakan antara asas ball mastery pada pemain bola sepak.

Thiago dan Rodri telah melakukannya sebaik mungkin sebagai pemain profesional.

Di mana kedua dua pemain melakukan keepy uppies dengan pertukaran hantaran secara voli dari jarak jauh.

Aksi tersebut menghiasi kem latihan pasukan Sepanyol sempena tugasan kebangsaan La Roja.

Ternyata aksi tersebut mendapat banyak reaksi positif daripada warganet yang mengagumi kualiti kawalan bola dan kejituan hantaran oleh kedua dua pemain.

AS menggelar ia sebagai cara baharu berlatih tanpa melupakan social distancing.

Kedua duanya berada pada jarak 50 meter di antara mereka ketika melakukan keepy uppies itu secara berpasangan.

Ke mana Thiago musim akan datang?

Masa depan Thiago Alcantara terus menjadi subjek hangat. Pemain tersebut dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa Liverpool masih berusaha untuk mendapatkan pemenang treble bersama Bayern tersebut.

Thiago sebelum ini sudah menyatakan bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontraknya di Bayern Munich.

Jadi, pasukan Bavaria tersebut perlu menjualnya pada perpindahan musim ini, jik tidak mahu melihat pemain itu pergi secara percuma.

Thiago sudah menyatakan kepada Bayern bahawa beliau berminat bekerjasama dengan Jurgen Klopp. Tetapi kelab Merseyside itu masih tidak mahu membayar angka €30 juta yang diminta Bayern Munich.

Kedua dua pasukan masih berunding untuk perjanjian ini. Bayern menjangkakan Liverpool akan membuat bidaan baharu selepas ini.

Dalam perkembangan yang lain, Liverpool mungkin akan kehilangan Gini Wijnaldum yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Wijnaldum adalah pengganti yang ideal kepada Ivan Rakitic yang sah kembali semula ke kelab lamanya Sevilla.