Lihat Aksi Arif Aiman Menentukan Kemaraan JDT Dengan Kegeniusannya

Arif Aiman Hanapi terus menunjukkan masterclassnya. Di mana pemain muda itu kali ini membawa pasukan sebesar JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Dalam deretan nama bintang yang ada di dalam skuad JDT, kesemuanya buntu untuk menewaskan Shahril Saari.

Nama Arif Aiman menjadi bualan ramai selepas dicicirkan daripada senarai skuad yang akan ke Piala AFF Suzuki 2020.

Tan Cheng Hoe ternyata ada alasan beliau tersendiri untuk mengambil tindakan drastik tersebut.

Arif Aiman musim ini bukan sahaja menjadi salah seorang pemain muda paling menyerlah. Dia malah mem-bangku-simpanan-kan pemain seperti Safawi Rasid untuk menjadi pemain utama.

Arif Aiman kelihatan tak mampu digugat daripada kesebelasan utama pasukan JDT.

Bukan perkara yang mudah untuk pemain untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama JDT. Namun Arif Aiman berjaya melakukannya.

Dalam aksi suku akhir Piala Malaysia di antara JDT dan Kedah, kedua dua pasukan terikat 0-0 dalam perlawanan pertama.

Ketika aksi di Stadium Sultan Ibrahim, pemain muda, Arif Aiman berjaya menembusi Shahril Saari. Ini selepas kerajinannya untuk sentiasa bergerak di merata tempat di atas padang terbalas juga.

Arif Aiman melakukan off ball running yang sangat baik. Menerima killer pass daripada Leandro.

Ianya bukan mudah untuk menerima bola di celahan pemain pertahanan lain. Dan kemudian melakukan kawalan bola sangat tenang.

Arif Aiman menjadi masalah utama Kedah sejak dari minit pertama perlawanan lagi. JDT menguasai aspek perlawanan dengan baik sekali. Walaupun agak menghampakan di barisan cutting edge, iaitu De Paula yang tidak cohesive dengan bahagian lain di dalam padang.

Berbalik kepada gol kemenangan tersebut, Arif Aiman melakukan dengan serba serbi sempurna. Mewujudkan situasi 1 lawan 1.

Tiada pemain lain lebih layak menikmati detik tersebut lebih daripada Arif Aiman.

Saksikan magis Arif Aiman di sini:

JDT berjaya memenangi perlawanan kedua dengan aksi profesional. Dan malam ini pastinya akan diingati oleh Arif Aiman selaku matchwinner untuk pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air itu.

Kedah terpaksa akur selepas aksi yang tidak tajam di zon serangan dan tengah. Mereka membenarkan JDT terlalu banyak menyimpan bola.

Kedah bermain dengan blok rendah, dan pada masa yang sama sangat lemah dalam serangan balas.

Baca yang lain