Lihat Babak Sinteron Seorang Lelaki Tak Tahu Dia Ada Tangan

Sebuah siri drama Indonesia telah mendapat perhatian di media sosial Malaysia.

Berkah Taubat Pelukis Kaligrafi disiarkan di televisyen Indonesia, drama yang berkisarkan watak bernama Hanif, yang dimainkan oleh pelakon Sidik Eduard, yang lengannya diamputasi setelah kemalangan.

Klip berdurasi 45 saat menunjukkan watak Sidik bergelut dengan kesukaran untuk mengatasi kehilangan anggota badannya di mana dia dapat dilihat menggunakan kakinya untuk makan malamnya.

Malangnya dia tidak dapat melakukannya dan terasa sangat kecewan. Lalu, dalam adegan seterusnya, Hanif cuba terjun dari gaung.

Tiba tiba seorang lelaki alim muncul tepat pada masanya untuk menghentikannya.

Ketika Hanif sedang meronta ronta kesedihan lengannya yang hilang tiba-tiba muncul kembali dari bawah bajunya.

Kru produksi nampaknya terlepas dari kesalahan itu, secara tak langsung telah menghasilkan momen komedi epik yang telah membuatkan penonton terasa sangat lucu.

Klip yang disiarkan di laman Facebook Daily Funny Videos Malaysia semalam menarik komen dari pengguna media sosial yang menggelakkan babak tersebut.

Netizen rata rata sangat kecewa dengan kelakar serupa itu. Ada yang menyuruh Hanif memeriksa balik dirinya kerana ternyata tangannya masih ada.

Lalu ada yang merasakan tiada salahnya dengan drama ini, kerana ceritanya mungkin tentang lelaki yang  lupa bahawa dia ada tangan.

Pihak produksi seharusnya lebih teliti di dalam kerja mereka. Bukan sinetron seberang saja yang selalu kelakar macam ni, Malaysia pun sama.

Misalnya sebelum ni ada drama kita yang kena basuh dengan netizen selepas doktor mengesahkan depresi menerusi X-ray.

Baca yang lain