Mungkin sebelum ini Jesse Lingard tidak ada pemain yang cuba menegur beliau sangat di dalam padang. Kerana banyak benda dia buat mamai pun, tak ada Martial, Rashford nak menegur.
Namun dalam aksi semalam, ianya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja. Pasti ramai yang tak perasan. Termasuk saya sendiri.
Bruno Fernandes telah menyuruh Lingard untuk menyerang ruang di tengah. Ini kerana sudah ada dua pemain berada di tepi padang.
Lingard tetap berada di tepi dan Bruno terpaksa memberikan bola tersebut. Bruno terpaksa melepaskannya kerana beliau perlu untuk progres ke posisi lain.
Korang tengok kat sini. Sampai 3 orang pemain kat satu zon.
https://twitter.com/i/status/1223690360259366912
Support Play
Rasanya ramai dah tahu apa itu support play. Di mana para pemain akan memberikan sokongan kepada ball carrier / holder, untuk menerima bola.
Ada dua jenis support play yang utama iaitu, sokongan secara width dan depth.
Itu yang korang selalu tengok pembentukan asas seperti segitiga untuk memastikan rakan yang membawa bola ada pilihan untuk menghantar bola.
Lingard sepatutnya masuk ke dalam zon tengah / tight area kerana di tepi sudah ada dua pemain yang berada di sana.
Itu memang antara masalah besar United dalam beberapa musim ini. Tiada pemain yang aktif memecahkan tight area terutama sekali zon 14.
Mereka ada pemain seperti Pogba yang ada kualiti dan keberanian itu. Namun Pogba kadangkala dirturunkan di posisi lebih ke belakang dan kerap bergelut dengan kecederaan.
Jeneral Bruno Fernandes
Kepimpinan dan corak permainan beliau memang sangat diperlukan United. Kerana beliau sangat cepat melepaskan bola kepada rakan terutama sekali ketika ditekan.
Sudah sekian lama United tiada pemain tengah tipikal jeneral di tengah padang. Yang terakhir mungkin Wayne Rooney yang banyak digunakan sebagai pemain tengah oleh Louis Van Gaal.
Jasi kualiti seperti ini amat ditagihn dan diperlukan di dalam pasukan.
Statistik Bruno vs Wolves
Beliau bermain penuh 90 minit dalam aksi semalam. Fernandes merupakan pemain yang paling banyak terlibat dengan aksi, beliau melakukan 111 sentuhan di atas padang.
• 88 hantaran (terbanyak di atas padang)
• 44 final 1/3 passes (terbanyak)
• 5 shots (terbanyak)
• 5 tackles (ketiga terbanyak di kalangan midfield)
• 3 shots on target (paling banyak)
Fernandes melakukan 75% daripada shot on target United dalam 75 minit pertama. Beliau pemain United pertama yang melakukan on target di dalam perlawanan ini.
75% of Man Utd’s shots on target in 75 minutes vs. Wolves were taken by Bruno Fernandes.
Trying his luck. 🇵🇹 pic.twitter.com/e1NFJ9U2ox
— Statman Dave (@StatmanDave) February 1, 2020
Jesse Lingard buat lagi
Ini kali kedua berturut-turut Jesse Lingard kena sound. Minggu lepas kena dengan Ole kerana terlalu mudah hilang bola di tengah padang.
Ole telling Lingard if he does that 1 more time then he’s f*cking off I’m dying 😭😭😭 pic.twitter.com/00OEWXJiXa
— ً (@Sarrista__) January 29, 2020
Jelas sekali Jesse Lingard pada ketika ini tidak berada pada kualiti yang selayaknya. Jadi, beliau ada banyak kerja untuk dilakukan.
United keciciran mata lagi
Manchester United keciciran mata sekali lagi. Sekaligus mempersiakan peluang untuk merapatkan jurang dengan pasukan di tangga keempat – Chelsea – yang turut keciciran mata pada sepak mula lebih awal.
Man United pastinya perlu memastikan pasukan mereka lebih konsisten selepas ini, jika mahu mengelak daripada terlepas slot UCL sekali lagi.