Lihat Budak Acah Gangster Makan Penumbuk Abang Sekuriti Yang Merupakan Legenda Tinju

Seorang bekas peninju profesional yang pernah berlawan dengan Mike Tyson telah dirakamkan pada kamera, menumbuk seorang lelaki yang bikin kekecohan sehingga dia KO dengan tenang.

Dalam video itu berlaku pertengkaran di luar BOXPARK di Stadium Wembley. Lelaki yang buat kecoh itu tak sedar bahawa pengawal keselamatan yang ada di hadapannya merupakan Julius Francis, yang merupakan bekas juara heavyweight Britain.

Dan kini menjalankan tugasnya sebagai pengawal keselamatan selepas menggantung sarung tangan pada 2006.

Tetapi nampaknya lelaki berusia 57 tahun itu masih memiliki kuasa penumbuk yang sangat padu di tangan kanannya. Kejadian pemuda makan penumbuk Julius itu tular teruk.

Dalam rakaman yang disiarkan di media sosial oleh Michael Benson dari talkSPORT, seorang lelaki yang memakai snow cap biru boleh dilihat memprovokasi orang lain di luar BOXPARK Wembley. Dia terkinja kinja mahu bertumbuk.

Pertikaman lidah yang hangat kemudian meleret sehinga ke ke jalan raya dengan kedua-dua pihak kelihatan melemparkan tumbukan sambil memaki hamun.

Francis, memakai seragam peralatan keselamatan rasminya, boleh dilihat cuba meredakan keadaan yang tegang.

Pada satu ketika, lelaki tersebut semakin bersemangat, menolak Francis kerana dia mahu menyerang seseorang. Dia turut memaki hamun Francis di hadapannya dengan biadap.

Julius Francis kekal tenang dalam keadaan itu dan terus menasihati agar budak tu tadi beredar dan elakkan kekecohan.

Lelaki itu kemudiannya mara ke arah Francis, yang bertindak balas dengan melemparkan hook kanan yang membuatkan lelaki itu ‘tidur’ terus.

Mereka tergamam, rakan-rakannya kemudian bergegas untuk membantu lelaki itu manakala Francis dengan santai berjalan-jalan berlalu.

“Kenapa? Tak perlu,” jerit seorang lelaki di belakang kamera merujuk kepada tindakan Francis itu.

Keseluruhan pengalaman pahit itu telah dirakamkan, sudah tentu, dan disiarkan ke media sosial di mana ia menjadi tular.

Siaran semula Benson sahaja telah mendapat hampir 2 juta tontonan dalam masa kurang daripada 4 jam selepas ia dimuat naik.

Saksikan sendiri detik itu di sini:

Rata rata ramai memuji Francis yang menurut mereka telah melakukan tugasnya dengan baik. Itulah sebabnya dia dibayar. Ataupun itulah sebabnya kenapa Francis tak hanya duduk di rumah menunggu duit pencen atau bantuan kerajaan kepada bekas atlet. Dia masih ada kudrat dan dia tahu kudrat dan kepakarannya adalah sesuai untuk disumbangkan kepada pekerjaan seperti itu.

Seorang lagi berkata, Francis melakukan tumbukan paling manja ke arah lelaki itu kerana hanya mahu memastikan dia KO sahaja dan bukannya mahu membunuhnya. Supaya tu menjadi pengajaran berguna kepada budak yang acah gangster tersebut.

Seorang lagi mengulas: “Nampaknya lelaki itu seperti mahu menyerangnya. Jadi dia mempertahankan dirinya. Tiada kesalahan di situ.”

Sementara seorang lagi menambah: “Mamat tu mendapat apa yang dia minta – daripada situasi yang berlaku dalam klip itu. Berhati-hati dengan apa yang anda minta.”

Ada juga yang geli hati kerana generasi muda pada hari ini ternyata tidak mengenali legenda negara sendiri di depan mata mereka. Walaupun sudah bersara 16 tahun lalu, ternyata Francis ibarat harimau walaupun dah tua sekalipun, sentiasa ada cakarnya walaupun tak selincah dulu.

Ada juga yang meminta broker pertandingan tinju untuk mengadakan satu acara pertunjukan khas untuk Francis. Mungkin dia akan berminat, kata mereka.

Semasa kemuncak kariernya, Francis pernah berdepan dengan peninju legenda seperti Mike Tyson, Vitali Klitschko dan Audley Harrison.

Baca yang lain