Lihat Carlo Ancelotti Beritahu Liverpool: “Banyak Lagi Stadium Lain Kau Nak Raikan Kejuaraan”

Pengurus Everton, Carlo Ancelotti seakan akan sudah mengucapkan tahniah lebih awal kepada Liverpool untuk saingan kejuaraan Liga.

Menurut Ancelotti, Liverpool akan pasti menjadi juara EPL pada musim ini, musim 2019/20.

Namun begitu, pengurus legenda dari Itali itu sangat berharap, Liverpool tidak meraikan kejuaraan mereka di Goodison Park. Kerana menurut Carlo Ancelotti ada banyak lagi stadium lain.

Ancelotti faham akan perseturuan di antara dua kelab sebandar di Merseyside itu. Ianya pasti perkara yang teruk untuk penyokong Everton melihat keraian kejuaraan oleh Liverpool di tempat mereka.

Liverpool dan Everton merupakan dua kelab yang dipisahkan beberapa kilometer sahaja. Dan perlawanan derbi Merseyside adalah derbi ‘terkotor’ dalam sejarah bola sepak Inggeris, berdasarkan kutipan kad disiplin.

Carlo tahu bahawa Liverpool sudah sukar untuk dikejar pada ketika ini. Mereka 22 mata di atas Man City. Lantas secara realistiknya amat sukar melihat jiran mereka itu tergelincir sekali lagi daripada kejuaraan.

Carlo Ancelotti dalam sidang media berkata: “Liverpool akan menang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ni. Namun saya harap ia bukan [diraikan] di Goodison Park, Everton.”

“Ada banyak lagi kot stadium yang lain. Jadi kenapa perlu nak di Goodison Park?”

Ancelotti menyatakannya dengan senyuman.

Everton akan berhadapan dengan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu ini.

Everton kini berada di tangga kesembilan dalam carta Liga Perdana Inggeris. Manakala Crystal Palace berada di tangga ke-14.

Namun, sejak mengambil alih Everton, Ancelotti jelas sekali berjaya membantu pasukan tersebut meningkat naik dan menghampiri enam teratas.

Everton pastinya mahu menamatkan saingan musim ini sekurang kurangnya di tempat slot Liga Europa.

Ancelotti sebelum ini pernah mengendalikan pasukan Chelsea.

Carlo Ancelotti menegaskan bahawa EPL musim ini dengan musim ketika beliau di Chelsea, masih lagi liga yang memiliki atmosfera luar biasa.

Cuma ianya lebih kompetitif dari hari ke hari, berbanding dengan beberapa tahun yang lalu.

“Atmosfera EPL tak berubah. Cuma sekarang perlawanan lebih kompetitif jika nak dibandingkan dengan dahulu. Tetapi atmosferanya tetap sama.”

Yerry Mina antara pemain yang sangat selesa dengan pengurusan Ancelotti. Beberapa pemain seperti Calvert Lewin antara pemain yang banyak meningkat naik di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Yerry Mina berkongsi dengan wartawan sikap Carlo dan hubungan beliau dengan pemain. Mina berkata: “Carlo Ancelotti pengurus yang berkelas dunia. Seorang Coach dan juga rakan yang baik.”

“Beliau sentiasa bersama sama dengan pemain pada setiap masa. Sentiasa senyum. Dan jika kamu ada masalah, kamu boleh beritahu apa sahaja dekat Carlo.”

“Carlo senang didekati, dan anda boleh pergi ke pejabat dia untuk mencari penyelesaian masalah.”

Baca yang lain