Lihat Cejudo Menang Dengan KO Terakhir Karier Menggunakan Lutut

Petarung prolifik, king of bantamweight – Henry Cejudo sekali lagi membuktikan kehebatannya. Ini apabila beliau menewaskan Dominick Cruz dengan KO.

Cejudo bertemu dengan Cruz dalam UFC 249, sebelum kad acara utama di antara Ferguson dan Gaethje.

Cejudo memang dikenali dengan kekuatan teknik tendangannya. Dan beliau mengucapkan selamat tinggal kepada oktagon juga dengan lututnya.

Lihat Cejudo melakukan serangan dengan lututnya yang membuatkan Cruz tersungkrur.

https://twitter.com/i/status/1259336065573363712

Pengadil menghentikan pertarungan kerana merasakan Dominick Cruz sudah tidak mampu untuk meneruskan pertarungan ini.

Cruz tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan mempersoalkan tindakan itu.

Namun ramai yang merasakan pengadil membuat keputusan yang tepat untuk menghentikan pertarungan.

Namun di akhir pertarungan Cejudo akhirnya mengumumkan persaraannya daripada UFC. Beliau menegaskan mahu meluangkan masa untuk isteri dan anaknya. Lalu beliau merasakan masanya sudah tiba.

Beliau merupakan petarung UFC yang kerap dikaitkan dengan gaya olimpik.

Selamat bersara legenda.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan