Lihat ‘Cheat Sheet’ Pickford Ada Data Bercetak Tentang Penalti Semua Pemain Switzerland

Botol air Jordan Pickford menjadi perhatian dunia. Dan ianya bukan botol air biasa sebaliknya ada ‘cheat sheet’.

Cheat sheet tersebut mengandungi nota penalti untuk pemain Switzerland. Menariknya nota itu bukannya bertulis dengan marker atau pen, tetapi dicetak terus pada botol tersebut.

Ianya bukanlah benda yang diharamkan dalam bola sepak untuk pemain bola sepak menggunakan cheat sheet ini. Kerana sejak dari dulu lagi penjaga gol dibekalkan dengan nota seperti ini.

Tetapi untuk Pickford kali ini, boleh dikatakan semua pemain Switzerland berada dalam notanya.

Nota tersebut juga menunjukkan arahan ke mana dia harus melompat. Misalnya, untuk Schar, dia diarahkan untuk mengacah ke kanan dan kemudian melayangkan badannya ke kiri.

Ada juga arahan memintanya agar bertahan seketika kemudian terbang ke arah kiri rendah.

Untuk Vargas, Pickford sedia untuk memberikan reaksi segera, menjangkakan pemain itu akan merembat deras.

Persiapan yang sangat rapi dibuat oleh England. Dan mereka akhirnya menang 5-3 dalam penentuan penalti. Pickford cemerlang menyelamatkan penalti oleh Manuel Akanji.

Di mana dia benar benar melompat ke kiri seperti diarahkan pada botol itu.

Reputasi Jordan Pickford dalam penentuan penalti untuk pertandingan major bersama England juga terus memberangsangkan. Di mana dia sudah menyalematkan 4 daripada 14 penalti yang dia hadapi dalam penentuan penalti di pertandingan kompetitif.

England mara ke separuh akhir Euro 2024. Mereka berpeluang untuk menebus kegagalan mereka bergelar juara pada edisi 2020. Di mana mereka kalah di final di tangan Itali.

Ketika itu England kalah menerusi penentuan sepakan penalti.