Johor Darul Ta’zim ataupun JDT hampir sahaja keciciran mata dalam aksi Liga Super ketiga mereka musim ini berhadapan dengan pasukan PDRM di ibukota pada aksi yang berlangsung pada 10 Mac 2020.

Benjamin Mora menggandingkan trio tengah baharu beliau iaitu Natxo Insa – Liridon Krasniqi – Afiq Fazail.

Ini adalah debut untuk Liridon Krasniqi bersama dengan pasukan Johor Darul Ta’zim.

Agak pelik apabila beliau meletakkan Nazmi Faiz Mansor sebagai wing attacker dalam perlawanan ini, dalam sistem 4-3-3.

Leandro mengisi tempat Safawi Rasid di sebelah kanan. Sementara Matthew Davies juga bermula dalam perlawanan kali ini.

Johor Darul Ta’zim boleh dikatakan tidak beraksi baik pada hari ini walaupun mereka menguasai perlawanan. Jelas sekali mereka bergelut dengan tempo permainan.

Walaupun agak bergelut, namun mereka tetap mampu memenangi perlawanan away pertama mereka musim ini dalam saingan Liga Super Malaysia

Mereka menguasai perlawwanan. Tetapi sukar untuk mendapatkan gol kerana agak tumpul di dalam kotak penalti.

JDT memiliki deretan peluang yang gagal mereka sudahkan dalam perlawanan ini. Namun mereka tetap berusaha untuk mendapatkan tiga mata daripada perlawanan ini.

Ketika perlawanan hampir menuju ke wisel penamat, JDT akhirnya di hadapan.

Ini apabila JDT mendapat gol hasil daripada jaringan Diogo Luis Santo pada minit minit akhir perlawanan.

JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil. Diogo mengambil penalti itu, namun rembatannya tak masuk.

Berlaku keadaan kucar kacir dalam usaha PDRM mengeluarkan bola. Bola rembatan rakannya juga terkena tiang.

Namun bola itu melantun betul betul di hadapang Diogo. Pemain tersebut terus merembat masuk untuk gol kemenangan JDT.

Korang boleh saksikan detik cemas itu di sini:

Terpancar kelegaan di wajah Diogo selepas menebus kegagalannya menyempurnakan penalti tersebut.

JDT menang tipis 1-0 di tempat lawan. Kemenangan yang terus meletakkan mereka dengan rekod kemenangan 100% selepas tiga aksi Liga Super Malaysia.

Johor Darul Ta’zim berhaya membawa pulang 3 mata ke Larkin.

Kredit juga kepada PDRM yang telah memberikan saingan sangat sengit kepada JDT sepanjang perlawanan.

Johor Darul Ta’zim kini sudah menang 3 perlawanan berturut – turut dalam semua pertandingan selepas kalah di tangan Vissel Kobe dalam saingan Liga Juara Juara AFC.

Aksi seterusnya pasukan Johor Darul Ta’zim akan berhadapan dengan Felda United dalam misi mereka mempertahankan kejuaraan Liga Super Malaysia.

Ini diikuti 2 perlawanan yang berprofil tinggi, berhadapan dengan pasukan Pahang dan Perak, selepas itu.

Korang boleh baca laporan perlawanan yang lengkap pada pautan di bawah ini: