Lihat Detik Sayu Soucek Tidak Dapat Jersi Virgil Van Dijk

Virgil van Dijk telah membuatkan pemain tengah West Ham United Tomas Soucek sangat kecewa kerana tidak mendapat baju beliau.

Liverpool bangkit daripada ketinggalan 1-2 dan menewaskan ‘The Hammers’ 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Selepas tamat aksi pada malam Isnin itu, terdapat rakaman di terowong kejap memaparkan para pemain daripada kedua-dua pasukan saling berpelukan dan bersalaman.

Dalam video Inside Anfield di bawah ini pada minit 12:13, Soucek segera mendekati dan mendapatan bek tengah dari Belanda, Virgil Van Dijk.

Ini kerana beliau mahu mendapatkan jersi Virgil Van Dijk.

Beliau bertanya: “Virgil! Boleh tak saya dapat baju kamu?”

Malang sekali permintaan beliau itu tidak dapat ditunaikan. Van Dijk dengan cepat membalas: “Saya sudah memberikannya kepada dia [Pablo Fornals].”

Pablo Fornals sebenarnya sudah terlebih dahulu mendapatkan jersi Virgil Van Dijk. Agak malang untuk pemain baharu West Ham, Soucek gagal untuk menapatkannya kali ini.

Pemain antarabangsa Republik Czech kelihatan agak sedih kerana tidak mendapat baju salah seorang daripada pemain terbaik Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 24 tahun itu turut meninggalkan padang lebih awal pada babak kedua kerana kecederaannya.

Mungkin di lain hari beliau akan dapat jersi Virgil Van Dijk.

Liverpool atasi West Ham

Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan ke-26 mereka musim ini dalam EPL.

Sekaligus membuatkan Liverpool kekal menjadi pasukan yang tak kalah lagi dalam aksi liga. Hanya sekali Liverpool keciciran mata iaitu ketika aksi di Old Trafford.

Selain daripada itu, hanyalah kisah menang yang tercatat dalam perjalanan liga pasukan Liverpool musim ini.

Liverpool memulakan perlawanan dengan baik. Di mana skuad The Reds mendahului menerusi gol tandukan Gini Wijnaldum pada minit ke-9. Ianya adalah goalkeeper error yang teruk daripada Lukasz Fabianski.

Beliau gagal menghadang bola dengan kemas.

Wijnaldum menerima hantaran Trent Alexander Arnold dan menanduk masuk bola itu.

Namun begitu, dengan cepat West Ham memberikan respon. Issa Diop menyamakan kedudukan pada minit ke-12. Tiada cleans sheets lagi buat Liverpool kali ini.

Diop menanduk bola yang menewaskan Alisson di near post.

Pada separuh masa kedua, pemain gantian, Pablo Fornals meletakkan pasukannya di hadapan seawal minit ke-54. Beliau menerima hantaran Declan Rice dan merembat masuk dengan kemas.

Ini merupakan kali kedua Liverpool dibolosi 2 atau lebih daripada 2 gol dalam satu perlawanan liga musim ini.

Namun kemurahan hati Fabianski sekali lagi memberikan Liverpool gol dan Mohamed Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-68. Gol yang berpunca daripada hantaran Andy Robertson.

Mohamed Salah melakukan rembatan yang tepat kepada Fabianski, namun penjaga gol itu melakukan satu blunder yang teruk, dan terbocor lagi.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit, Sadio Mane menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool. Sekali lagi Trent Alexander Arnold menjadi assistant.

Arnold menewaskan perangkap ofsaid dan memperdaya Lukasz Fabianski dengan satu hantaran dengan tap kepada Sadio Mane.

Mudah sahaja pemain kebangsaan Senegal itu menjaringkan gol.

Saksikan highlight di sini:

Highlight Liverpool 3 West Ham 2

Team selection

Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson; Fabinho, Keita, Wijnaldum; Salah, Mane, Firmino

Substitutes: Adrian, Lovren, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Lallana, Origi, Matip

West Ham: Fabianski; Ngakia, Diop, Ogbonna, Cresswell; Rice, Noble, Soucek; Snodgrass, Anderson, Antonio

Substitutes: Randolph, Zabaleta, Balbuena, Lanzini, Fornals, Bowen, Haller

Liverpool semakin hampir dengan kejuaraan

Liverpool menang dalam aksi yang mungkin antara yang teruk mereka pamerkan musim ini. Pertahanan agak rapuh. Namun masih mampu mencipta kemenangan. Macam ni kita nak.

Kemenangan ini meletakkan Liverpool kembali 22 mata di atas carta liga. Dan hanya memerlukan 4 kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraa Liga Perdana Inggeris musim ini.

Liverpool sudah mengutip 79 mata selepas 27 aksi liga.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di