Lihat Emirates Pasang Lagu ‘Humble’ Selepas Arsenal Belasah City

Arsenal pastikan Manchester City di-humble-kan di Emirates dengan kemenangan 5-1.

The Gunners sedar, mereka tidak boleh keciciran mata selepas Liverpool mencatatkan kemenangan semalam.

Di Emirates skuad Mikel Arteta memberikan persembahan 5 bintang ke atas Man City yang terus bergelut musim ini.

Arsenal di hadapan menerusi gol oleh Martin Odegaard pada minit ke-2.

Kemudian Erling Haaland menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi tandukan yang menewaskan David Raya.

Namun gol penyamaan itu bertahan cuma seminit. Apabila Thomas Partey menjaringkan gol ketiga Arsenal selepas bola terbias pada belakang John Stones.

Enam minit kemudian, Myles Lewis Skelly melakukan jaringan luar biasa. Dia memintas masuk dengan satu gelecekan ringkas dan terus melencongkan bola mengatasi jangkauan penjaga gol City.

Pemain yang pernah diremehkan Haaland sebelum ini ketika dia menegur Haaland yang mengejek Arteta:

“Siapakah persetubuhan kamu ini [direct translate dia],” kata Haaland.

Malam Guardiola dan Man City terus barai apabila Kai Havertz mencetak gol keempat Arsenal pada minit ke-76.

Ketika pengadil memberikan peluang terakhir untuk aksi perlawanan, Ethan Nwaneri mencetak gol kelima Arsenal.

Menjadikan kemenangan bersejarah 5-1 Mikel Arteta ke atas Pep Guardiola. Lagu Humble oleh Kendrick Lamar dimainkan di stadium Emirates. Sindiran kepada Erling Haaland yang pernah bersikap biadap ke atas Mikel Arteta pada pertemuan pertama mereka sebelum ini.

Dengan kekalahan ini, Man City secara matematiknya sangat sukar untuk mengejar kejuaraan musim ini.

Sementara Arsenal pula kembali merapatkan jurang mata kepada 6 mata dengan Liverpool.