Liverpool berjaya meredakan sedikit tekanan di bahu pengurus dan pasukan mereka dengan kemenangan profesional ke atas Wolves dalam perlawanan ulangan Piala FA.
Perlawanan timbal balik ini berlaku kerana Liverpool diikat Wolves dalam perlawanan pertama mereka di Anfield.
Di Molineux, Liverpool dijangka akan berdepan masalah besar ketika berhadapan dengan Wolves.
Jurgen Klopp membuat banyak perubahan dalam pilihan kesebelasan utamanya. Menurunkan ramai pemain muda.
Namun kepercayaan Klopp itu dibalas oleh pemain pemain di atas padang.
Harvey Elliot menjadi wira kemenangan Liverpool dengan satu gol roket yang sangat cantik pada minit ke-12.
Harvey Elliot melakukan percubaan curve shot yang padu untuk menewaskan Jose Sa.
Harvey Elliott 🤝 Scoring FA Cup bangers
The @LFC youngster spots the keeper off his line and bags a beauty 😮💨#EmiratesFACup pic.twitter.com/nzq661Hico
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) January 17, 2023
Satu lagi detik menarik perhatian dalam perlawanan ini apabila Molineux tiba tiba blackout.
Floodlight failure at Molineux Stadium 💡#EmiratesFACup pic.twitter.com/T5MaGSNbTt
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) January 17, 2023
Liverpool kali ini tampil dengan aksi jauh lebih baik daripada aksi mereka menentang Brighton tempoh hari.
Mereka melakukan pressing yang lebih berkesan dan intensif.
Wolves banyak menghadirkan ancaman menerusi situasi bola mati. Sama ada daripada sepakan percuma Ruben Neves ataupun sepakan penjuru.
Wolves turut memasukkan Diego Costa pada minit akhir dalam perlawanan ini dalam usaha mereka mahu mengikat Liverpool sekali lagi, namun gagal.
Liverpool berjaya mara ke pusingan keempat selepas menewaskan Wolves.
Prestasi Liverpool musim ini tidak begitu bagus. Kemenangan ini pastinya sangat melegakan Jurgen Klopp.