Lihat Gol Voli Jahat Luke Shaw Yang Melemaskan

Manchester United menang 3-0 ke atas Derby County dalam aksi pusingan kelima piala FA Inggeris.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu ternyata terlalu kuat buat lawan mereka, Derby County.

Derby county turut dibintangi oleh legenda Manchester United iaitu Wayne Rooney. Pemain lagenda yang merupakan penjaring terbanyak di dalam sejarah Manchester United.

Para penyokong Manchester United kelihatan agak emosional melihat legenda mereka itu beraksi di atas padang.

Wayne Rooney menyertai Derby county selepas kontrak beliau dengan pasukan di Major League Soccer berakhir. Selain daripada menjadi pemain bola sepak beliau juga menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan.

Wayne Rooney juga beraksi dengan baik dalam perlawanan ini dan dua kali hampir menewaskan Sergio Romero.

Kedua-dua ancaman itu dilakukan oleh Wayne Rooney menerusi sepakan percuma. dua kali juga Sergio Romero dipaksa melakukan aksi menyelamat yang berkelas tinggi.

Prestasi Luke Shaw

Paling menarik perhatian adalah prestasi dua pemain Manchester United iaitu Luke Shaw dan juga Odion Ighalo.

Kedua-dua pemain ini menjadi penjaring gol dalam perlawanan ini.

Luke Shaw membuka tirai jaringan untuk Manchester United pada minit ke-33. Beliau melakukan satu voli yang cantik.

Shaw merembat bola dengan membiaskannya pada permukaan padang. Penjaga gol keemasan dan hanya mampu melihat bola melepasi kepalanya.

Tengok kat sini:

Luke Shaw dalam perlawanan ini menunjukkan prestasi yang sangat baik. Selain daripada menjaringkan gol pembukaan, beliau juga terlibat dalam build up untuk gol Odion Ighalo.

Beliau rajin dalam perlawanan ini Dan banyak berlari. Selain daripada mencetuskan beberapa ancaman bahaya ke dalam kotak penalti.

Berikut adalah catatan statistik oleh bek kiri Manchester United itu.

Luke Shaw vs. Derby County:

91% pass accuracy
21 final third passes
7 touches in oppo. box
3 shots (2 on target)
2 take-ons
1 key pass
1 goals

Prestasi terbaik

Shaw ternyata berada dalam prestasi yang terbaik dalam beberapa perlawanan terakhir Manchester United.

Beliau merekodkan penglibatan dalam ciptaan peluang ataupun percubaan ke arah gol sebanyak empat kali dalam 3 perlawanan berturut-turut.

Musim lalu Luke Shaw dipilih sebagai pemain terbaik tahunan Manchester United.

Untuk musim ini, beliau pastinya mahu menamatkan kempen dengan prestasi terbaik kerana ingin menempatkan diri dalam pasukan kebangsaan England yang akan beraksi di Euro 2020.