Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, membalas dengan nada sindiran apabila ditanya mengenai pasukannya berulang kali tidak mendapat penalti ketika menentang Chelsea.
Manchester City terpaksa berpuas hati dengan berkongsi mata apabila mereka melayan kunjungan Chelsea pada Minggu ke-25 Liga Perdana 2023-2024.
Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan tumpuan di Stadium Etihad dengan skor 1-1 pada aksi semalam.
City ketinggalan terlebih dahulu selepas Raheem Sterling membolosi gawang pada minit ke-42.
Manchester City hanya mampu membalas pada separuh masa kedua, lewat perlawanan, minit ke-83, menerusi jaringan Rodri.
Pep Guardiola dan peminat City beberapa kali menunjukkan reaksi tak puas hati dengan pengadil dan VAR yang menafikan penalti yang mereka minta.
Pengadil Andy Madley menggunakan VAR beberapa kali untuk memeriksa kemungkinan penalti untuk City.
Bagaimanapun, tiada sepakan penalti diberikan kepada pasukan tuan rumah. Guardiola dilihat beberapa kali memegang kepalanya tanda tak percaya.
Guardiola can only laugh after not being given the penalty. pic.twitter.com/JnshYkyj02
— Migosi Mokaya 🇰🇪 (@migosi_mokaya) February 17, 2024
Mengenai kegagalan berulang kali Man City menerima penalti, Guardiola memilih untuk berpura-pura tidak tahu.
“Yang mana? Saya tidak tahu,” kata pakar taktikal asal Sepanyol dengan gaya berbisik ingin tahu.
“Jika anda memberitahu saya secara spesifik, saya boleh mengatakannya, tetapi saya tidak tahu apa yang anda maksudkan.
Gelagat Guardiola itu disambut dengan ketawa oleh wartawan.
“Kami harus beraksi lebih baik pada separuh masa pertama,” kata Guardiola.
Kemudian seorang wartawan bertanya tentang kejadian sebelum rehat apabila Ruben Dias dikasari di kawasan larangan Chelsea dan tidak mengakibatkan penalti.
Walaupun soalan itu kali ini lebih spesifik, Guardiola tetap berhujah dengan nada menyindir.
“Yang mana? Apa yang berlaku dalam kotak penalti Chelsea? Saya tidak nampak,” katanya.
Did you think it was a penalty? 'Which one!' The Handball 'Which one!' | Pep Guardiola 😂#pepguardiola #mancity #guardiola
Full press conference on YouTube: https://t.co/csCB1IhZlq pic.twitter.com/eyWrsuLbya
— BeanymanSports (@BeanymanSports) February 17, 2024
Walaupun Guardiola enggan memberikan jawapan yang kukuh, Rodri tidak teragak-agak untuk mengkritik pengadil.
“Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil, tetapi saya tidak ingat perlawanan dengan begitu banyak pemeriksaan VAR dan tidak memihak kepada kami. Ayuhlah,” kata pemain tengah itu.
“Anda sentiasa melihat wajah pengadil dan kini tiba masanya untuk melupakannya dan bergerak ke hadapan,” kata Rodri.
Keputusan perlawanan terbaharu itu meletakkan Man City di tempat ketiga dalam kedudukan dan terus menghangatkan saingan untuk merebut kejuaraan.
Mereka memperoleh 53 mata daripada 24 penampilan, di belakang Liverpool (57 mata) dan Arsenal (55).
Bagaimanapun, City menyimpan satu baki perlawanan dalam tangan.
Jika mereka memenangi perlawanan tersebut, City akan memintas Arsenal dari tempat kedua.