Lihat Jaringan Screamer Bruno Fernandes Sebelum Kena Delete

Bruno Fernandes sekali lagi mempamerkan magis beliau pada aksi malam ini. Pada kali ini berjaya menebus kesilapan David De Gea.

Bruno Fernandes melakukan satu rembatan deras untuk menyamakan gol pendahuluan pasukan Everton.

Ianya satu rembatan dengan teknik yang sangat sempurna.

Bruno Fernandes melihat kedudukan penjaga gol yang sudah sedikit lari daripada kawasan terbaik.

Fernandez melakukan satu rembatan dengan teknik curveball menggunakan permukaan shoelace.

Gol itu membolehkan Bruno Fernandes mencatatkan purata sumbangan langsung kepada gol yang luar biasa.

Bruno Fernandes ketika ini mencatatkan purata 79 minit untuk setiap satu gol atau assist untuk Manchester United.

Sebelum itu David De Gea sekali lagi melakukan kesilapan yang di luar karakter.

Separuh Masa pertama di Goodison Park berakhir dengan satu sama.

Bruno Fernandes merupakan pemain yang dibeli oleh Manchester United pada Januari 2020.

Ianya selepas satu cerita jendela perpindahan yang sangat panjang dan penuh dengan kerumitan.

Sejak menyertai pasukan Manchester United pemain itu dengan cepat menjadi pemain kegemaran peminat di Old Trafford.

Ini kerana beliau ternyata memberikan perbezaan yang ketara dari segi tingkat kualiti.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan