Lihat Keane Dan Vieira Memilih Kesebelasan Idaman Man United-Arsenal

Kapten legenda Arsenal serta Manchester United, Patrick Vieira dan Roy Keane bersemuka sekali lagi. Namun kali ini sebagai rakan pundit sebelum aksi antara Arsenal dan United.

Permusuhan Keane dangan Vieira di atas padang lebih daripada sekadar suka berbalah dan bergaduh. Tetapi mereka menjadi ketua pasukan yang sangat penting buat Sir Alex dan Arsene Wenger.

Kedua dua legenda tersebut kali ini memilih kesebelasan idaman mereka gabungan Manchester United dan Arsenal.

Keane terus mengambil Shmeichel dan Vieira dengan senang hati memberikannya peluang.

Keane berkata: “David Seaman penjaga gol hebat, namun saya akan memilih Peter pada setiap hari dan minggu.”

Kemudian di barisan bek kanan Vieira terus memilih Lauren.

Vieira: “Saya sukakan Lauren kerana dia sangat bagus ketika bertahan dan menyerang.”

Keane membalas: “Saya sebenarnya tak suka sangat Lauren tetapi saya tak membantah pilihan kamu untuk letak dia dalam pasukan. Jadi saya biarkan kamu pilih dia.”

Pastinya Gary Neville termenung kerana Keano langsung tidak mencalonkan namanya.

Bagi posisi bek kiri kedua dua legenda itu kali ini saling tak nak mengalah.

Keane memilih Irwin. Manakala Vieira memilih Ashley Cole – walaupun pemain itu pernah mengkhianati Arsenal.

Untuk posisi bek tengah Keane terus memilih Jaap Stam.

Keane: “Kamu tak boleh ada pasukan tanpa bek tengah seperti Jaap Stam.”

Vieira: “Ok, saya berikan kamu peluang sebab dia memang luar biasa, pada pandangan saya.

Keane kemudian dengan senang hati Vieira memilih Tony Adams untuk digandingkan dengan Stam.

Keane: “Saya sangat gembira memberikan kamu Tony Adams dalam pasukan kerana kepimpinannya.”

Seterusnya, bagi posisi sayap kanan, kedua duanya agak tak sependapat selepas Vieira memilih Pires.

Keane: “Kamu pilih Pires berbanding Beckham? Jesus, Patrick.”

Vieira tak setuju dengan Keane kerana menurutnya Pires lebih berskil daripada Beckham. Walaupun Keane kurang setuju namun beliau tidak membantah.

Berbeza pula untuk sayap kiri. Kedua dua mereka memilih Cristiano Ronaldo tanpa sebarang masalah. Ronaldo menewaskan Ryan Giggs untuk posisi tersebut.

Vieira: “Ni jelas sangat, Ronaldo kena ada.”

Keane menganggap ianya pilihan yang tidak perlu dipertikaikan.

Untuk posisi tengah, Keane terus memilih Vieira.

Keane: “Patrick, saya pilih kamu kerana cara kamu bermain, kehadiran kamu dalam perlawanan, kamu menjaringkan beberapa gol juga, terutama sekali berdepan Man United.”

Giliran Vieira memilih siapakah pemain tengah seterusnya dalam pasukan mereka.

Keane terus berkata: “Kamu boleh pilih pemain lain,” kata Keane sambil menunjukkan wajah menyindir. “Kamu jangan kecewakan saya.”

Vieira: “Sudah tentunya kamu harus ada dalam pasukan saya.”

Posisi penyerang tengah Vieira memilih Thierry Henry.

Vieira: “Penyerang terbaik dalam EPL untuk tempoh 20 tahun ini.”

Roy Keane menganggap kenyataan itu sukar disangkal. Namun Keane dalam dilema untuk memilih gandingan Henry.

Keane: “Saya nak Ruud [van Nistelrooy] dalam pasukan saya. Namun sebab sudah ada Henry [penyerang prolifik] maka saya pilih Eric Cantona, tak boleh pilih Ruud, sedih juga saya memikirkannya.”

Secara umumnya, mereka mengeluarkan beberapa nama luar biasa daripada pasukan termasuk Ryan Giggs, Paul Scholes, David Beckham, Wayne Rooney, Dennis Bergkamp, Gary Neville, Ruud van Nistelrooy dan Freddie Ljungberg.

Saksikan kedua dua mereka di sini:

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di