Rutin sepakan penjuru biasanya popular dengan target man yang dicari di dalam kotak penalti.
Amat sukar untuk melakukan combination play daripada sepakan penjuru. Ini kerana pertahanan lawan pastinya akan memenuhkan zon kotak penalti untuk mengelakkan ia dicerobohi.
Namun begitu, sebuah kelab divisyen 3 di Poland, GKC Katowice telah melakukannya dengan cara bertiki taka.
Mereka bermain combination play yang sangat kemas dengan hantaran rendah yang pantas.
Mereka mengambil sepakan penjuru pendek, dan kemudian bertukar tukar hantaran sesama pemain, sehinggalah menghasilkan gol.
Ianya seperti bermain futsal, dan dilakukan dengan penuh kekemasan dan kejituan.
GKS Katowice in the Polish 3rd division.
Meanwhile you have half of the premier league just smashing it into the box looking for a head pic.twitter.com/ARIvhDCxJH
— Naythan Din-Kariuki (@Naythan_DK) March 2, 2020
Gol tersebut mustahil untuk dilakukan jika aliran bola tidak lancar dan gerakan off ball movement tidak betul.
Seterusnya, para pemain juga berjaya bergerak pada masa yang tepat untuk mengelakkan diri mereka ofsaid dan sebagainya.
Apabila ada ruang dan peluang, terus melakukan rembatan deras ke arah gol.
Visi dan juga antisipasi para pemain telah membuatkan gol cantik itu tercipta. Team goal menerusi sepakan penjuru. Macam best je kan. Trylah petang ni.