Lihat Keraian Freiburg Dengan Berlaga Siku, Menepati Protokol Kesihatan

Bundesliga rasminya kembali menyambung aksi mereka pada malam ini. Ia menjadi liga pertama dari kalangan lima liga utama Eropah yang kembali menyambung aksi.

Bundesliga melakukan sepak mula sambungan musim liga pada 16 Mei selepas berehat beberapa bulan.

Namun kerajaan mengingatkan bahawa, Bundesliga harus dianjurkan berdasarkan prosedur keselamatan yang ketat. Salah satu daripada protokol yang dikenakan adalah bermain di dalam stadium kosong.

Seterusnya kesemua pemain dan jurulatih perlu menjalani pemeriksaan dan saringan berkala bagi memastikan mereka bebas daripada virus.

Jerman sudah bersedia untuk kembali memberikan kebenaran untuk membuka banyak sektor pada beberapa minggu lalu. Ini termasuk kedai gunting dan tempat ibadat. Tetapi kesemuanya kena mengamalkan langkah keselamatan yang ketat.

Pasukan di Jerman sudah pun kembali menjalani latihan sejak bulan lalu lagi.

Bundesliga ditangguhkan sejak Mac lalu. Dan mereka masih ada baki 9 perlawanan lagi untuk dimainkan.

Beberapa perlawanan sedang berlangsung ketika ini. Jika sebentar tadi kita melihat keraian Haaland dengan gaya santai tanpa bersentuhan.

Keraian pemain Freiburg

Namun dalam aksi di Leipzig, ada keraian dengan sentuhan. Namun ianya dengan berlaga siku.

Para pemain Freiburg meraikan gol pertama mereka dengan gaya yang menepati protokol. Di mana para pemain mereka hanya berlaga siku.

Tiada pelukan mahupun high five dalam keraian mereka.

Freiburg menjaringkan gol pertama pada minit ke-34 oleh Manuel Gulde separuh masa pertama.

https://twitter.com/i/status/1261659573087240192

Para pemain mengekalkan disiplin ketika keraian gol tersebut.

Keraian itu agak mencuit hati. Namun ianya salah satu cara keraian yang dibenarkan. Ia boleh menjadi panduan liga lain selepas ini termasuk Liga Malaysia, jika liga kembali bersambung.