Lihat ‘Last Ditch Tackle’ Marcelo Dengan Kelajuan 30.9 KM/J Menafikan Peluang Messi

Marcelo diturunkan dalam aksi el clasico. Ianya agak mengejutkan ramai pihak. Ini kerana pemain ini sebelum ini sudah kehilangan tempat sebagai bek kiri utama Real Madrid kepada Ferland Mendy.

Namun percaturan Zinedine Zidane kali ini ternyata berhasil.

Zidane turut menurunkan Isco dan juga Vinicius Jr dalam aksi kali ini. 2 pemain yang cemerlang ketika berdepan Man City, dalam saingan Liga Juara Juara Eropah – meskipun mereka tewas.

Marcelo cemerlang

Marcelo beraksi sangat cemerlang dalam aksi el clasico kali ini. Beliau bertahan dan menyerang – seperti Marcelo yang kita kenal waktu prime.

Jelas sekali pemain ini ada peak lagi pada dirinya. Namun mungkin juga ini kerana aura el clasico?

Zidane memilih Marcelo, mungkin percaya pengalaman pemain itu diperlukan untuk bermain dalam aksi sepanas el clasico.

Marcelo bermain 90 minit dalam aksi el clasico pada kali ini. Beliau membantu pasukannya menang 2-0 ke atas musuh tradisi, Barcelona.

Salah satu detik ikonik Marcelo dalam perlawanan ini adalah ketika menafikan peluang gol Messi. Marcelo melakukan last ditch tackle – menghalang Messi daripada mewujudkan 1 lawan 1 dengan Thibaut Courtois.

Beliau meraikannya dengan riang sekali. Mana taknya, kalau silap tackle boleh kad merah tu. Kalau dia tak buat tackle, dia tahu Messi akan skor dalam keadaan 1 lawan 1.

Menurut Opta, Marcelo pada detik itu telah melakukan pecutan yang lebih pantas daripada Lionel Messi. Marcelo mencatatkan kepantasan 30.9 km per jam.

https://twitter.com/i/status/1234238879105986560

Dan Messi bergerak dengan kelajuan 29.5 km per jam. Namun Messi ketika itu dengan bola.

Marcelo dari awal melakukan track back yang kemas. Ketika bola dilepaskan kepada Lionel Messi, beliau sudah mendapatkan top speen terbaik untuk menghalang Lionel Messi.

Sepanjang perlawanan, Marcelo mencatatkan 2 clearances, 2 interceptions, 1 tackle, 1 last ditch tackle dan juga memenangi 6 daripada 8 ground duels.

Marcelo tidak dapat dilepasi langsung oleh pemain Barcelona pada perlawanan kali ini.

Jelas sekali beliau baru sahaja bermain aksi terbaik beliau musim ini selepas mendapat kritikan teruk sepanjang musim ini kerana prestasi tidak menentu.

Real Madrid 2 Barcelona 0

Real Madrid menang 2-0 hasil jaringan oleh Vinicius Jr dan juga Mariano.

Ini kemenangan pertama Real Madrid dalam el clasico selepas 7 perlawanan sebelum ini mereka gagal melakukannya.

Kemenangan ini juga kembali meletakkan Real Madrid di tangga teratas liga memintas pasukan Barcelona.

Ini adalah debut el clasico buat Quique Setien, dan ianya berakhir dengan kekalahan.

Kedua dua pasukan berhadapan dengan krisis kecederaan di bahagian serangan untuk bermain aksi kali ini.

Persaingan La Liga menjadi lebih menarik melibatkan kedua dua pasukan.

Barcelona sudah menelan kekalahan kelima mereka pada musim ini. Ianya bukan rekod yang baik untuk pasukan seperti Barcelona.

Baca yang lain

Insiden Tak Masuk Akal Di Brazil

Di Brazil, pemain mereka telah melakukan taktik sangat luar biasa untuk melengahkan perlawanan. Di mana mereka telah memaksa rakan mereka masuk ke