Lihat Latihan 3rd Man Running Bielsa Yang Memukau, Serta Latihan Intensifnya Yang Buakan Pemain Mencungap

Siapa tidak kenal dengan Marcelo Bielsa. Jurulatih yang digelar sebagai salah seorang godfather dalam taktikal moden. Beliau pengurus yang menekankan permainan yang cantik / beautiful football.

Kerana menurut Bielsa, kemenangan itu akan lebih sempurna apabila ia dilakukan dengan corak permainan yang menarik dan merecik.

Dan satu video latihan beliau tular di internet. Memaparkan bagaimana mereka berlatih 3rd man running.

Apa itu 3rd man running?

Ia merujuk kepada larian tanpa bola daripada pemain ketiga yang membuatkan pihak lawan tak mampu membacanya.

Saksikan salah satu contoh bagaimana mereka melakukannya ketika aksi berdepan dengan Arsenal di bawah sini:

Larian ini memang sangat ditakuti dan boleh mengancam pihak lawan seperti mana konsep dia sendiri sebagai orang ketiga  di dalam perhubungan.

Ini adalah bagaimana Leeds menajamkan gerakan orang ketiga dalam sistem taktikal mereka.

Bukti paling nyata tentang keberkesanan ‘Third man’ yang di amalkan oleh Leeds adalah ketika mereka berjaya membelasah West Brom 5-0 pada Disember tahun lalu.

Stuart Dallas telah mara ke hadapan dari belakang dan bermain satu dua dengan Jamie Shackleton, sama seperti apa yang dilakukan oleh mereka ketika dalam sesi latihan seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah.

Beliau kemudian melakukan hantaran pantas mencari Raphinha yang berada di bahagian sayap. Pemain kebangsaan Brazil itu kemudian masuk ke dalam dari sisi padang dan menjaringkan gol.

Bielsa berjaya membawa Leeds naik semula ke EPL selepas berdeka

Seandainya masih ada yang memikirkan bagaimana Marcelo Bielsa diberi julukan nama ‘El Loco’, lihat saja rakaman ketika beliau dalam sesi latihan bersama Athletic Bilbao.

Di mana suaranya sahaja membuatkan para pemainnya sudah tak keruan.

Bahkan ketika sesi latihan, pengurus dari Argentina itu tetap tegas terhadap skuadnya dan tidak henti-henti menjerit memberi arahan kepada anak-anak buahnya.

Iker Muniain dan Fernando LIorente, sampai berlutut dan mintak nyawa kerana mengah tak cukup nafas dek penatnya menghadap sesi latihan bersama Bielsa.

Marcelo Bielsa juga gemar menggunakan sistem gegenpressig / counterpressing di dalam permainannya.

Malah pengurus seperti Pep Guardiola dan Mauricio Pochettino antara yang mengikut falsafah beliau.

Beliau gemarkan pasukan yang beriman dengan high tempo press. Menggunakan Counterpessing / gegenpressing apabila bertahan.

Saksikan salah satu gaya bertahan gaya Bielsa.

Sebaik sahaja hilang bola, pemain akan memburu dan menekan ball carrier.

Ianya berbeza dengan pendekatan rigid yang akan cuba fokus kepada reshape kepada pertahanan di belakang.

Keinginan pemain untuk memenangi bola semula sangat tinggi. Malah para penyokong turut menghargai usaha itu.

10 Perintah Bielsa

Beliau berkata, semua anak murid beliau yang berguru dengan beliau dibekalkan dengan 10 Perintah Bielsa:

“Pertama, sesiapa yang mengorbankan bola sepak canti (beautiful football) hanya kerana mahukan kemenangan, mereka mungkin akan berhadapan dengan saya.”

“Bola sepak adalah satu sukan yang harus dimainkan dengan seronok dan tenang. Saya akan kecewa jika ada anak murid saya yang mahukan semata-mata kemenangan dan bermain dengan teruk.”

“Kedua, pemain mungkin tidak akan melakukan sesuatu secara semulajadi. Mereka mungkin belajar dan lupakannya.”

“Namun apa yang mereka pernah mereka lakukan dalam hidup itu akan automatik keluar ketika saat-saat memerlukan. Sebab itu penting, berikan sahaja mereka latihan dan galakkan mereka mencuba di dalam perlawanan.”

“Ketiga, bola sepak yang tidak ada sistem pemain tengah ofensif (central attacking midfileder) adalah tidak lengkap.”

“Keempat, pemain perlu menghantar bola dalam kedudukan posisi badan terbuka bukannya membelakangkan gol. Anda tidak tahu ancaman dari belakang.”

“Kelima, ada 10 skema taktikal bola sepak. Semua pasukan harus belajar 10 skema itu di pusat latihan. Pasukan tidak harus melupakan skema taktikal itu walaupun berhadapan dengan lawan yang tidak dikenali.”

“Keenam, sebagai jurulatih, anda yang menentukan cara bermain. Anda boleh memilih 2 pilihan sama ada mahu lebih kawalan bola ataupun mahu lebih banyak mengejar bola.”

“Ketujuh, pemain perlu memudahkan permainan di ruang sempit. Jika anda gagal melakukannya, anda bukan pemain yang bagus. Sebab dalam banyak perlawanan, ruang itu kecil dan sukar.”

“Kelapan, hantaran yang baik adalah bola yang tidak melantun-lantun dan bola seperti bilah mesin yang sedang memotong rumput.”

“Kesembilan; semuanya bermula dengan bakat. Bakat adalah jawapan kepada semua perkara.”

“Kesepuluh; Keaslian adalah satu kualiti yang diperlukan oleh seorang jurulatih. Apa yang jurulatih mahukan dan cadangkan adalah disebabkan oleh emosi dan keyakinan mereka. Mental ialah bahagian paling penting dalam diri jurulatih.”

Bielsa bawa Leeds kembali ke EPL

Penantian 16 tahun peminat Leeds United akhirnya terlerai ketika era Bielsa. Terima kasih kepada masterclass daripada bapa taktikal modn, Marcelo Bielsa.

Penyokong Leeds dari seluruh dunia termasuk yang di Malaysia ini meraikan kejayaan itu. Di UK para penyokong mereka keluar ke jalanan meraikan kejayaan itu dengan laungan chant serta sorakan Viva Bielsa.

Pastinya Leeds berhak naik ke EPL. Bukan sahaja kerana status legendanya, tetapi kerana bola sepak gaya Bielsa yang berjaya diterapkan.

Bielsa dilantik pada 2018. Ia perlantikan yang agak mengejutkan. Kerana Bielsa merupakan Coach yang berstatus bintang.

Namun Bielsa sedar Leeds merupakan kelab istimewa yang memerlukan seseorang yang membantu mereka.

Pendekatan drastik dan tegas Bielsa dalam pengurusan pasukan bukannya semua orang boleh ikut. Siapa yang tak mampu mengikut kehendak beliau dipersilakan berambus.

Para pemain diterapkan dengan gaya bola sepak berani dan high tempo pressing. Musim sebelumnya Bielsa hampir membawa Leeds naik namun gagal pada beberapa selekoh akhir.

Baca yang lain