Satu momen menarik perhatian ramai semalam dalam aksi antara Liverpool dan Sheffield United di Anfield adalah ketika perlawanan dihentikan seketika pada minit ke-25.
Ianya untuk memberikan laluan kepada pemain beragama Islam yang berpuasa untuk berbuka puasa secara ringkas di tepi padang.
Premier League – seperti musim lalu – telah memberikan kebenaran kepada pengadil untuk menghentikan seketika perlawanan untuk pemain berbuka puasa, jika terdapat pemain beragama Islam yang mahu berbuka puasa.
Kapten pasukan akan berkomunikasi dengan pengadil sebelum perlawanan bermula, memaklumkan kepada pengadil bahawa ada pemain yang berpuasa di dalam pasukan dan akan berbuka puasa. Jika kedua dua pasukan tidak ada pemain yang berpuasa, maka pengadil tidak perlu menghentikan seketika perlawanan.
Liverpool's match against Sheffield United will be stopped so that Muslim players can break their fast and break their fast.
The players are Mohamed Salah & Konate & Anel Ahmedhodžić.
The match will be stopped at 25 minutes, specifically breakfast time pic.twitter.com/fxtzkkrvsG
— MIGOSI. (@migosi_mokaya) April 4, 2024
Ketika aksi menuju ke minit 25 perlawanan, pengadil telah menghentikan seketika permainan. Di mana ada 3 pemain di atas padang iaitu Mo Salah, Ibrahima Konate dan juga Anel Ahmedhodzic telah menggunakan kesempatan untuk berbuka puasa seringkas dan sebaik yang mungkin.
Staf nutrisi Liverpool dilihat sudah menyediakan kotak khas untuk Salah dan Konate kerana mahu perkara itu dapat dilakukan dengan lancar melibatkan pemain tersebut.
The moment Mo Salah and Konate broke their fast ❤️❤️❤️🥹 pic.twitter.com/5mmy2uSkEc
— 𝕿𝖍𝖊 𝕰𝖌𝖞𝖕𝖙𝖎𝖆𝖓 𝕶𝖎𝖓𝖌 👑 (@mizukiLFC) April 4, 2024
Wartawan Adam Patel dari Daily Mail turut berkongsi detik itu dan dia sendiri berbuka puasa di bilik media.
Time to break my fast too 😂 pic.twitter.com/S382HRA3Du
— Aadam Patel (@aadamp9) April 4, 2024
Ketiga tiga pemain beraksi sangat baik untuk pasukan masing masing dan sangat bertenaga.
Beberapa tahun lalu, Jurgen Klopp pernah menyatakan bahawa kelab Liverpool tidak akan melarang pemain berpuasa seperti mana dilakukan beberapa kelab di Eropah yang ada di antara mereka tidak mahu pemain berpuasa pada hari perlawanan.
Why Liverpool vs Sheffield United was paused in the first-half#LFC https://t.co/mz6PJzs2Ff
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) April 4, 2024
Klopp menyatakan bahawa pemain beragama Islam yang berpuasa masih menjalankan tugas mereka sama seperti biasa. Malah dia sendiri mengagumi bagaimana pemain seperti Sadio Mane, Mo Salah, Emre Can dan lain lain yang berpuasa pada masa itu, masih bertenaga.
Liverpool menyediakan garis panduan pemakanan yang khas untuk pemain pemain ini. Kerana atlet memiliki tuntutan nutrisi yang berbeza dengan orang awam.
Liga Perdana Inggeris sudah memberikan kebenaran untuk pengadil menghentikan perlawanan seketika untuk pemain berbuka puasa sejak beberapa tahun lalu lagi.
Musim ini selain EPL, liga Belanda dan Bundesliga turut mengeluarkan garis panduan kepada pengadil tentang laluan buka puasa kepada pemain.
Berbeza sekali dengan Ligue 1 – walaupun Perancis negara Eropah paling tinggi masyarakat muslim – liga tersebut melarang pengadil menghentikan permainan untuk pemain berbuka puasa. Alasannya sangat pelik, di mana Ligue 1 tidak mahu urusan keagamaan dicampur aduk dengan sukan.
Dasar yang sama juga digunakan oleh FFF dalam pasukan kebangsaaan Perancis di semua peringkat. Di mana musim ini pemain beragama Islam yang mewakili Perancis di semua peringkat dilarang berpuasa ketika di kem latihan. Perkara itu mendapat kritikan ramai pihak termasuk bekas pemain Samir Nasri yang mengecamnya.