Lihat Mourinho Kacau Line Ketika Terry Baru Nak Ayat Awek

John Terry merupakan legenda Chelsea yang dikenali semua. Dan beliau membina empayar Chelsea moden yang gemilang bersama dengan Jose Mourinho.

John Terry juga merupakan kapten yang paling berjaya dalam sejarah pasukan Chelsea.

Beliau berjaya menjulang EPL dan juga UCL ketika bersama dengan pasukan Chelsea.

Selepas bersara, John Terry kini bertugas sebagai pembantu jurulatih kepada Dean Smith di Aston Villa.

John Terry antara jurulatih yang berjaya membantu Villa naik semula ke EPL selepas aksi cemerlang di Liga Championship musim lalu.

Mourinho kacau daun

Satu rakaman telah tular, di mana memaparkan John Terry baru saja nak mengayat awek. Jose Mourinho lalu di sebelahnya, tetapi Terry tidak perasaan.

Jose Mourinho kemudian menepuk Terry. Barulah Terry perasan dan menyedari kehadiran Mourinho.

Kedua – duanya berpelukan dan bertegur sapa dan bertanya khabar. Kejadian itu berlaku ketika aksi Spurs berhadapan dengan Aston Villa, di Villa Park.

Terry adalah kapten dan pemimpin

Dalam satu temu ramah Jose Mourinho, beliau mengiktiraf ada dua orang kapten dan pemimpin terbaik di dalam kariernya sebagai pengurus.

Mereka ialah John Terry dan Javier Zanetti. Dua pemain ini dianggap Mourinho paling bagus dari segi kualiti kepimpinan di atas padang.

Menurut Mourinho, tak semua kapten itu adalah pemimpin. Ada yang sekadar kapten.

Namun apabila jurulatih memiliki kapten dan pemimpin seperti Terry, ianya memudahkan jurulatih.

Kapten dan pemimpin itu adalah pakej yang menjadi idaman setiap jurulatih untuk mereka miliki di dalam pasukan.

Tambah Mourinho lagi, dengan adanya kapten serta pemimpin – mereka ibarat pembantu anda di atas padang. Mengawal para pemain secara mental serta menyimpan arahan taktikal dengan cemerlang.

Sebab itu Mourinho berkata, dengan adanya kapten pemimpin seperti ini, jurulatih lebih tenang di tepi padang.

Mourinho sentiasa percaya akan kualiti yang ada pada John Terry.

Selain daripada kualiti pertahanan dan kepimpinannya, Terry juga seorang yang sangat prolifik sebagai bek tengah.

Terry adalah bek tengah paling banyak gol dalam bola sepak Inggeris.

Mourinho bersama Spurs

Jose Mourinho kini menguruskan sebuah lagi kelab London iaitu Tottenham Hotspur menggantikan Mauricio Pochettino.

Perkara itu kurang disenangi oleh seorang lagi protege legenda beliau iaitu Frank Lampard.

Spurs masih bergelut dengan konsistensi pada musim ini. Mourinho sedang berusaha untuk membantu Spurs agar berjaya mara sekali lagi ke Liga Juara Juara Eropah paa musim hadapan.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari