Lihat Nagelsmann Jawab Soalan Wartawan Yang ‘Biasa Biasa’ Dengan Analisis Taktikal

Ada ramai jurulatih menganggap soalan tentang bagaimana gol terhasil atau bolos sebagai soalan yang umum dan perlu dijawab biasa biasa je.

Misalnya ada jurulatih akan berkata: “Oh kami tak cukup bersemangat hari ini. Kami tak cukup bagus.”

Namun tidak bagi Julian Nagelsmann. Ini apabila pengurus Bayern itu tidak lokek ilmu berkongsi terus dari sudut taktikal dan bagaimana ianya terhasil.

Ianya diberikan Julian Nagelsmann secara percuma kepada peminat dan wartawan.

Wartawan bertanya kepada Julian Nagelsmann tentang 2 bolos Bayern ketika berdepan dengan Augsburg. Di mana Bayern kalah mengejut 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Nagelsmann menggariskan bahawa keadaan itu berlaku kerana ada di kalangan pemain pemain Bayern yang mengeluarkan diri mereka daripada organisasi taktikal pasukan dengan menjadi pasif dan cuai.

Wartawan: “Bagaimana kamu nak menjelaskan masalah defensif pasukan kamu dan apa usaha kamu memperbaikinya?”

Nagelsmann menjawab: “Saya dah cakap banyak kali sebelum ini, ianya sentiasa berkaitan dengan [apa yang anda akan lakukan pada] momen anda kehilangan bola.”

“Saya bahagikan gegenpressing / counterpressing kepada beberapa fasa. Ianya berkenaan dengan kadar tekanan pada bola [kawasan ada bola] – apabila kamu kehilangannya.”

Nagelsmann seterusnya menjelaskan bahawa, para pemain Bayern harus sentiasa mampu mengagak dan meramal zon yang akan dimanipulasi lawan apabila lawan memenangi bola dan menyerang balas.

Ini kerana pasukan yang menggunakan sistem counter pressing mereka akan sangat terancam apabila membenarkan lawan melepasi blok counterpressing untuk serangan balas. Ianya adalah disebabkan pasukan seperti Bayern sentiasa menolak pemain ramai ke final third. Jadi untuk bertahan ketika diserang balas, ia memerlukan kecerdasan dan kecergasan taktikal.

Soccer Football – Bundesliga – FC Augsburg v Bayern Munich – WWK Arena, Augsburg, Germany – November 19, 2021 Bayern Munich’s Thomas Muller looks dejected after the match REUTERS/Andreas Gebert DFL REGULATIONS PROHIBIT ANY USE OF PHOTOGRAPHS AS IMAGE SEQUENCES AND/OR QUASI-VIDEO.

Nageslmann berkata lagi: “Ianya berkaitan dengan cara kamu menutup ruang yang boleh digunakan lawan kamu untuk membentuk transisi [kepada serangan balas].”

“Apabila kamu memiliki kedudukan / posisi yang ideal pada fasa kamu menguasai bola, tidak terlalu melebar [wide] dengan merasakan bahawa ‘oh kami akan kekal dengan penguasaan ini’, sebaliknya [kamu] tetap memikirkan soal marking kepada pemain lawan jika kamu jauh daripada rakan yang lain. Untuk memastikanya dilakukan dengan segera.”

“Dan apabila bola berada di arah sebelah jika saya sangat jauh daripadanya, saya tetap perlu cuba bersedia untuk berdepan dengan serangan balas.”

“Kemudian ianya bergantung kepada kadar tekanan yang kami kenakan ke atas bola pada ruang tersebut di atas padang,  tempat di mana kami kehilangan bola.”

“Kita berdepan dengan situasi ini ketika berdepan Augsburg, yang pertama adalah bermula daripada clearance daripada Omar Richard.”

“Dalam dua lagi situasi, kami tidak melakukan pressing yang sempurna namun kami pula merasakan bahawa kami sudah mengenakan pressing yang betul ke atas bola.”

Gambar di bawah ini menunjukkan bahawa para pemain Bayern Munich agak leka di sini mengingatkan mereka sudah berada dalam shape terbaik ketika melakukan gegenpressing.

Dan pada fasa ini Nagelsmann menyatakan bahawa, pemain di ruang sebelah sana harus bersedia dengan kemungkinan bahawa gegenpressing mereka sudah dilepasi oleh lawan.

Kelekaan ini membuatkan pemain pemain Bayern tidak membentuk posisi yang lebih baik kerana mereka yakin akan memenagi semula bola itu dan terus menyerang.

Oleh sebab itu pemain do zon biru dalam gambar di bawah tidak membantu untuk memadatkan ruang ke sebelah kawasan bola untuk membantu menutup ruang tertentu.

Seterusnya, selepas lawan mereka memenangi bola, Bayern Munich kemudian terpecah organisasi dan membenarkan lawan mereka melakukan hantaran lintang dengan jarak selesa.

Nagelsmann menambah: “Ini yang menyebabkan kelebihan numerical yang ketara untuk lawan kami, apabila mereka berjaya mendapatkan bola. Dan mereka kemudianny berpeluang untuk melakukan hantaran silang, dan itulah sebabnya kenapa kami melepaskan dua bolos.”

Situasi tersebut sama dengan gol pertama. Cuma kali ini Bayern kehilangan bola di tengah dan pemain di zon sebelah lagi tidak menutup ruang penting yang boleh digunakan lawan untuk mencipta sesuatu.

Nagelsman menekankan kecerdasan berfikir para pemain dengan menjangkakan sesuatu itu bakal berlaku lebih awal. Oleh itu walaupun pemain di sebelah zon yang tiada bola, mereka harus bersedia dan sentiasa kekal dengan organisasi taktikal. Perkara ini kita selalu tengok di mana pemain di zon sebelah tiada bola akan meggunakan masa untuk bertenang dan melihat kemuncup.

Korang boleh saksikan video tersebut di bawah ini:

Nagelsmann memang pengurus yang menggemari gegenpressing. Beliau adalah pengurus dari scholar Ralf Ragnick.

Malah sebelum ini Nagelsmann pernah menyatakan bahawa beliau mahukan lebih ramai pengurus Bundesliga bermain dengan sistem countepressing yang ternyata sudah menjadi kebangaan kepada Jerman pada ketika ini. Sebagai sebuah negara yang menghasilkan pengurus yang mampu mencorak counterpressing dengan baik.

BACA ARTIKEL SETERUSNYA YANG BERKAITAN TAKTIKAL:

[VIDEO] Ragnick Jelaskan Peranan Pengurus Dalam Taktikal & Bagaimana Dia Bentuk 4-2-2-2

Ralf Ragnick merupakan nama yang dikaitkan dengan jawatan interim di Old Trafford selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

Namun mungkin ramai yang tertanya tanya, adakah dia seorang tactician yang bagus? Dua video di bawah ini mungkin akan membantu anda dalam memberikan impression pertama anda.

Ragnick menjadi rujukan ramai pengurus muda hari ini di Jerman terutamanya. Antaranya Jurgen Klopp dan Julian Nagelsmann serta Ralph Hussehuntl.

 

Dalam satu sesi dengan Coaches Voice, Ralf Ragnick memukau audien dengan kemampuannya menghuraikan aspek taktikal dan pengurusan pasukan.

Pertamanya beliau menjelaskan tentang peranan ketua jurulatih ataupun pengurus serta pembangunan pemain yang berterusan.

Ragnick berkata:

“Cuba kita tengok kembali kat Liverpool dan Jurgen Klopp.”

“Jika anda semua melihat permbangunan mereka dan .. kita fokus kepada dua daripada tiga orang penyerang mereka.”

“Mereka ada Mo Salah, mereka ada Roberto Firmino dan mereka ada Sadio Mane.”

“Dan ketiga tiga mereka adalah daripada 3 negara berbeza. Dua daripada mereka pernah bekerja dengan saya. Roberto Firmino merupakan signing terakhir saya ketika di Hoffenheim.”

“Saya nak beritahu kamu, ketiga tiga mereka termasuk Mo Salah, ketika mereka tiba di Eropah, mereka bukan pemain ball winners semulajadi.”

“Mereka bukanlah pemain seperti yang semua orang lihat [sekarang], wah mereka adalah mesin pressing. Bukan!”

“Semua aspek yang ada pada mereka adalah kerana peranan jurulatih dan staf kejurulatihan mereka.”

“Jika mereka dapat bermain bola sepak pada tahap intensiti setinggi ini, bermakna itu adalah hasil kerja daripada jurulatih mereka.”

“Ini menunjukkan kepada kita semua, perkara seperti ini tidak mustahil berlaku jika jurulatih mereka memiliki mindset dan idea yang jelas bagaimana pasukan dia harus bermain, inilah yang akan berlaku.”

“Biar saya kongsi satu perkara dengan kamu. Misalnya, Jurgen Klopp, saya sendiri, Julian Nagelsmann ataupun Hussehuntl, memberitahu para pemain kami bahawa 12 malam ini kita semua akan berkumpul di padang latihan selama sejam.”

“Kita adakan perjumpaan di bilik mesyuarat dan malam itu kita akan bermai aksi dua babak 15 minit, 11 lawan 11.”

“Mereka ini, walaupun masih mengantuk sekalipun, para pemain mereka secara automatik akan bermain dengan high speed pressing, counter pressing dan juga bola sepak transitional.”

“Kerana semua itu sudah sebati dalam jiwa, dalam minda dan darah mereka.”

“Dan jika kita di dalam ruangan ini berbicara hati ke hati.. Apakah tugas ketua jurulatih ataupun pengurus pasukan? Kamu ada ada idea yang jelas bagaimana pasukan saya akan bermain.”

“Ianya boleh jadi lebih cenderung kepada gaya Pep Guardiola, atau gaya Diego Simeone, atau gaya Hansi Flick, gaya Julian Nagelsman ataupun gaya Jurgen Klopp.”

“Itu semua adalah variasi, pada bahagian berbeza, di mana Pep Guardiola lebih kepada pengurus yang menggemari pemain berteknikal tinggi. Manakala Jurgen Klopp lebih menggemari pemain gaya band heavy metal.”

“Namun apa persamaan mereka adalah mereka sememangnya tahu, macamana gaya bola sepak yang mereka mahu mainkan.”

“Ianya seperti, di dalam otak mereka, ada video permainan bola sempurna, itu ada dalam otak mereka.”

“Dan tugasan pengurus bola sepak adalah mentransformasi idea bola sepak ini ke bahagian kepala, otak dan darah pemain mereka.”

“Ini yang saya panggil motivasi. Ianya adalah satu proses memindahkan kepercayaan, keyakinan tentang idea bola sepak.”

“Seperkara yang lain lagi, kamu ada kemampuan bercakap di hadapan pemain sebelum perlawanan… untuk memarakkan dan menaikkan semangat para pemain.”

“Yang ini tiada kaitan dengan motivasi, ini adalah inspirasi.”

“Motivasi pula perihal memindahkan idea saya. Namun untuk melakukannya, kamu perlu tahu, bola sepak jenis apa yang kamu mahu peragakan.”

“Saya tak boleh bercakap, nak macam ni sikit sikit, nak macam tu sikit sikit. Nak pressing sikit macam ni.”

“Apa tu pressing sedikit ya? Ianya tak ubah seperti kamu mahu mengandung separuh [itu mustahil]. Sekarang ni, kamu nak pressing atau tidak? Ya atau tidak. Tak ada pressing sedikit sedikit.”

“Kamu faham maksud saya kan. Idea itu harus ada dalam minda kamu dahulu. Barulah kamu boleh mengajar, mendidik, membangunkan pasukan kamu sendiri. Kamu perlu memastikan apa jenis bola sepak yang saya mahu mainkan.”

“Dan ini adalah persamaan yang dimiliki oleh pengurus pengurus handalan di Eropah.”

“Perkara yang mengujakan saya adalah menyaksikan perbezaan bola sepak mereka. Maksud saya, jika kamu lihat pasukan Atletico Madrid bermain, walaupun kamu tak pakai kacamata sekalipun dan datang daripada planet lain, kamu akan tahu, ini adalah bola sepak gaya Simeone. Oh ini pula bola sepak Thomas Tuchel. Ini pula bola sepak Jurgen Klopp dan sebagainya.”

“Jadi pada pandangan saya, tugas utama pengurus bola sepak adalah memastikan transformasi ini berjaya.”

Saksikan sedutan ringkas daripada sesi tersebut dengan klik pada pautan di bawah ini:

Selain itu Ragnick turut menjelaskan kenapa beliau mewujudkan sistem 4-2-2-2 di RB Salzburg satu ketika dahulu.

Ragnick berkata:

“Roger [Schmidt] sentiasa mahu bermain dengan 4-2-3-1. Penyerang itu ialah Jonathan Soriano, tetapi kami mempunyai penyerang kedua, Alan yang cedera. Kami pun tak tahu bila dia akan pulih.”

“Selepas dia kembali dari kecederaan lutut, setiap kali dia masuk dia menjaringkan gol. Soriano pula tidak gembira kerana tidak bermain.”

“Jadi Roger dan saya mengadakan perbincangan.”

“Roger, kita mempunyai dua penyerang yang akan menjaringkan 30 gol setiap seorang dalam liga Austria, jadi kita perlu menurunkan kedua-duanya.”

“Adalah masuk akal kita bermain dengan dua penyerang tengah. Kami kemudiannya boleh terus menyerang pihak lawan dan masih mempunyai Sadio Mané di sebelah kiri dan Kevin Kampl di sebelah kanan.”

“Kami memutuskan formasi yang, di Jerman dan Austria, tiada pasukan lain telah bermain – 4-2-2-2.”

“Empat bek, dua nombor enam – satu lebih kepada lapan [CAM] – dua nombor 10, dan dua penyerang. Mané dan Kampl tidak bermain di bahagian sayap; mereka bermain dalam ‘half space’ yang kami panggil “zon merah”.”

“Sejak itu, kami hebat, dan sangat sukar untuk pasukan lain menyerang. Itu adalah tugas ketua jurulatih dan pengarah sukan – untuk memastikan bahawa pasukan boleh beraksi dan menang, dan pemain dapat berkembang.”

“Kami mempunyai profil yang jelas tentang pemain yang kami mahukan, dan perkara yang sama berlaku dengan jurulatih.”

“Kami tahu jenis jurulatih yang kami perlukan untuk masa depan, jadi kami sentiasa mempunyai senarai pendek. Kami juga mendidik scout kami dalam gaya bola sepak kami, jika tidak mereka tidak akan tahu jenis pemain yang kami cari.”

“Bola sepak moden memang begitu. Anda perlu sentiasa merasakan keghairahan itu untuk permainan, tetapi anda juga perlu sentiasa berusaha untuk belajar.”

“Pada hari yang sama saya mendapati bahawa saya tidak mahu belajar lagi, maka ianya adalah hari semuanya berakhir.”

 

Baca yang lain