Lihat Neuer Berlatih 1 v 1 Di Depan Rumah Bersama Coach, Memang Merecik

Bundesliga sedang dalam persiapan untuk kembali semula menyambung aksi liga mereka selepas kerajaan Jerman memberikan lampu hijau.

Kerajaan terutama sekali Kementerian Kesihatan Jerman akan sentiasa memantau segala operasi kelab. Liga juga bakal bersambung dengan aksi di dalam stadium kosong.

Bundesliga hampir pasti akan menjadi liga yang pertama dari lima liga utama Eropah untuk kembali ke aksi kompetitif. Di mana kelab-kelab Bundesliga sudah menjalani sesi latihan sejak hari Jumaat lalu.

Sudah tentu, semua sesi dijalankan dengan peraturan penjarakan sosial yang ketat buat masa ini. Garis panduan tentang perkara itu sudah diedarkan  oleh pihak berkuasa di Jerman.

Oleh itu, beberapa pemain terpaksa melakukan latihan satu lawan satu di rumah. Kerana latihan tersebut buat masa ini tidak dibenarkan. Antara mereka yang melakukan  latihan sesi 1 v 1 di rumah ialah penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer.

Latihan Neuer yang padu

Bayern Munich memuat naik rakaman penjaga gol veteran mereka ketika berlatih dengan jurulatih penjaga gawang kelab, Toni Tapalovic di halaman rumahnya berhampiran Tasik Tegernsee dan pemandangan yang dipamerkan sungguh menakjubkan.

Beberapa ruti latihan yang ditetapkan oleh Tapalovic bagi memastikan Manuel Neuer berada dalam kondisi terbaik. Penjaga gol dan pemain ikon Jerman itu menunjukkan dia masih fleksibel dan lincah seperti masih muda lagi.

Beliau juga melakukan latihan dengan penuh fokus dan keadaan fizikal Neuer nampak sangat cergas.

Latihan ini juga salah satu daripada syarat diletakkan oleh kelab agar ia dirakam dan dihantar untuk laporan. Ianya adalah mandatori ditetapkan oleh banyak pasukan di Eropah. Ini termasuk Manchester United, yang sebelum ini sudah menyatakan para pemain perlu melaporkan latihan harian mereka.

Manuel Neuer sudah pun menjangkau usia 34 tahun. Namun beliau masih menjadi penjaga gol utama Bayern Munich dan juga pasukan kebangsaan Jerman.

Korang lihat sesi latihan beliau di sini:

Manuel Neuer dianggap penjaga gol terbaik pada generasinya. Beliau merupakan penjaga gol sweeper keeper yang sangat penting di dalam sejarah Jerman dan juga bola sepak dunia.Pada kedudukan semasa, Bayern Munich empat mata dioisahkan dari Borussia Dortmund yang berada di tangga kedua.

Pada ketika ini seluruh eropah berpaling kepada Bundesliga untuk melihat cara mereka memulakan liga dalam situasi sekarang ini.

Semua kelab sudah menjalankan ujian saringan. Dan ada pemain yang mulai ditempatkan di sebuah hotel khas untuk bersedia memulakan semula kempen liga yang bakal bersambung kelak.

Selain daripada Bayern Munich dan Borussia Dortmund, dua lagi pasukan juga masih kekal di dalam persaingan kejuaran. Mereka adalah RB Leipzig dan Borussia Mochengladbach yang masing-masing dipisahkan dengan Bayern Munich dengan lima dan enam mata.