Lihat OG Lyon Ini Terhasil Dengan Tiki Taka Bersama Pemain Lawan

Pemain Lyon telah melakukan satu own goal yang berbentuk combination play ala tiki taka gitu.

Pertahanan Lyon, Fernando Marcal menjaringkan salah satu jaringan sendiri yang kejam dan penuh dengan kekalutan dalam aksi kekalahan Lyon 4-2 di tangan PSG.

Marcal melakukan larian recovery pasukannya diserang oleh PSG menerusi Kylian Mbappe dari arah sebelah kanan mereka.

Ianya seperti OG yang korang buat masa main FIFA. Komikal dan rasa macam tak percaya.

Mbappe menghantar bola kepada Julian Draxler. Dan pemain Jerman itu sebenarnya melakukan satu hantaran yang lemah dan tak tepat ke dalam kotak penalti.

Hantaran pertamanya dipintas. Dan bola datang Balik kepadanya. Draxler melakukan satu lagi hantaran cut back cuba mencari rakannya. Juga hantaran tak tepat โ€“ tetapi kali ini Marcal tersepak bola ke dalam gawang sendiri.

Korang boleh saksikan gol sendiri itu di sini.

https://twitter.com/FancyDiMaria/status/1226632428720136192?s=09

Gol itu memberikan PSG pendahuluan 3-0.

Ianya memang hari malang kepada pemain pertahanan itu. Kerana tolakan Draxler itu tak ada la kuat sangat.

Timing larian beliau itu yang membuatkan beliau gagal untuk contact lebih baik dengan bola.

Selepas OG itu, Lyon cuba bangkit dengan menjaringkan dua gol menerusi Martin Terier dan Moussa Dembele.

Walaubagaimanapun Edinson Cavani memastikan PSG kembali mendahului dengan dua gol di hadapan sekali lagi.

Kemenangan 4-2 ini meletakkan Paris St Germain sekarang 12 mata di hadapan pasukan di tangga kedua Olympique Marseille.

PSG nampaknya sudah melupakan konflik di antara ketua jurulatih dengan Kylian Mbappe.

Kemenangan ini juga ekaligus mencerahkan lagi peluang untuk pasukan tersebut mempertahankan kejuaraan mereka.

Manakala Olympique Lyon pula masih jauh di belakang slot empat teratas. Mereka kini di tangga ke-9. Dibezakan tujuh mata dari Lille di tangga keempat.

Misi PSG musim ini adalah cuba untuk menjuarai Liga Juara-juara Eropah. Itu merupakan keutamaan mereka.

Ianya merupakan satu-satunya piala yang belum pernah dimenangi mereka dan menjadi idaman sebagai sebuah pasukan yang sarat dengan bintang.

Dengan jurang mata yang besar di antara PSG dengan pasukan di tangga kedua, tugas untuk fokus kepada Liga juara-juara Eropah kini menjadi lebih baik.

Mereka juga masih berusaha untuk mengembalikan kecergasan pemain penting mereka iaitu Neymar.

Selain daripada prestasi di atas padang pasukan PSG juga sedang berusaha untuk melanjutkan kontrak beberapa pemain utama mereka termasuk Neymar dan Kylian Mbappe.

Mbappe kini sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. Namun PSG menegaskan bahawa pemain itu bukan untuk dijual. Dan mereka sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka lebih sanggup untuk melihat Mbappepe kekal sehingga kontraknya tamat, dan pergi secara percuma.

Selain daripada Mbappe, perancang prolifik mereka iaitu, Neymar , turut dikaitkan dengan kepulangan semula ke Barcelona.

Pada jendela perpindahan pramusim yang lalu, Neymar gagal untuk mendesak perpindahan tersebut.

Baca yang lain