Lihat On The Line Clearance Hinteregger Yang Dianggap Tidak Masuk Akal

Martin Hinteregger dari Eintracht Frankfurt telah menghasilkan salah satu hadangan atas garisan gol (on the line clearance) yang terbaik ketika menentang Borussia Monchengladbach di Bundesliga pada malam Sabtu lalu.

Bundesliga kembali bersambung dengan aksi di dalam stadium kosong semalam. Ini selepas mereka berehat panjang kerana lockdown.

Namun kerajaan memberikan kebenaran untuk liga bersambung semula dengan berpandukan garis panduan serta protokol ketat.

Dalam aksi semalam, pertahanan Frankfurt telah mengejutkan dunia dengan satu babak aksi bertahan luar biasa.

Kesilapan dari penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp menyaksikan Jonas Hofmann berada dalam kedudukan mengadap gawang dengan dua rakan sepasukan di sebelah kanannya dan Hinteregger satu-satunya pemain pertahanan di garisan gol.

Ianya juga selepas mereka mencipta peluang itu dengan killer pass menarik dari tengah mengatasi garisan pertahanan akhir lawan.

Dengan perlawanan yang memasuki minit-minit akhir – pada kedudukan Monchengladbach 3-1 di hadapan, Hofmann memutuskan untuk tidak melakukan rembatan terus dan tidak melakukan square pass kepada rakannya.

Tiada masalah pun tindakan itu kerana memang Hofmann berada dalam kedudukan terbaik untuk melakukan gol.

Beliau cuma perlu menewaskan Hinteregger yang ada di hadapan beliau.

Pemain pertahanan Austria itu telah menghulurkan kakinya dan menhadang rembatan Hofmann. Tindakan itu benar benar membuatkan ramai terkejut.

Frankfurt mungkin kalah, tetapi Martin Hinteregger pastinya telah mencipta satu detik kemenangan untuk dirinya dengan melakukan on the line clearance yang dianggap terbaik setakat ini.

Peminat di media sosial telah menjadi teruja dan memuji hadangan itu itu dan wajar untuk mengatakan bahawa pemain berusia 27 tahun itu telah menaikkan popularitinya.

Malah kelabnya turut memberikan penghargaan kepada hadangan itu dan melabelnya sebagai hadangan terbaik dekad ini.

Beliau menjatuhkan badan dan menghulurkan kakinya tepat pada masanya untuk memastikan pasukan lawan tidak menambah gol lagi.

Ianya dianggap block paling gila pada musim ini  dari Hinteregger dilakukan oleh seorang pemain pertahanan.

Frankfurt ternyata masih banyak lagi perkara yang harus mereka perbaiki. Borussia Mochengladbach membuka gol pada minit pertama lagi, menerusi Alassane Plea.

Monchengladbach menggandakan pendahuluan pada enam minit kemudian menerusi bintang yang sedang meningkat naik, Marcus Thuram untuk memberikan kelebihan selesa kepada pasukannya.

Ramy Bensebaini menambah gol ketiga pada babak kedua. Andre Silva memperoleh saguhati sembilan minit sebelum wisel penamat.

Kemenangan ini membolehkan Borussia Mochengladbach terus bersaing untuk kejuaraan liga bersama dengan Borussia Dortmund dan juga Bayern Munich, dan tak lupa RB Leipzig.

 

Baca yang lain