Lihat Persembahan LED Harimau Yang Awesome Ketika Perasmian Stadium Sultan Ibrahim

JDT semalam mencipta sejarah baru dalam bola sepak Malaysia. Ini apabila mereka secara rasminya tengah memiliki stadium sendiri.

Stadium yang diberikan nama Stadium Sultan Ibrahim itu berkapasiti 40,000 dan menekan kos sekitar RM200 juta. Dan telah dirasmikan dalam majlis yang gilang gemilang.

TMJ sangat teruja dengan berdirinya stadium Sultan Ibrahim ini.

Beliau berkata:

“Tujuh tahun terakhir ini cukup hebat di dalam mahupun di luar padang untuk JDT dan pembukaan Stadium Sultan Ibrahim menandakan satu lagi sejarah buat Harimau Selatan.”

“Selaku sebuah kelab, JDT berkembang sejak dari detik transformasi pada 2013.”

“Kini kami berjaya mengatasi norma biasa dalam bola sepak Malaysia yang sering berusaha untuk mencipta penanda aras yang baharu bakal menaikkan standard dan mencabar batasan di peringkat antarabangsa.”

https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Faxello.net%2Fnota-khas-bye-larkin-hai-stadium-sultan-ibrahim-bermulanya-era%2F&h=AT0F-Q_sufH4iZzeJ0so26N_QRZFHuILg9FQ_Kuo3QnHAEGnJjqFPDLXcqxW8k6E0YAlqtUcVQQM_uPlC7PYtZCJiEj3_enS7DCo2DKierFrpkc05nPXOUxYvdBRy_PY4iA&s=1

Pelbagai acara dan persembahan dibuat semalam. Antaranya persembahan bunga api dan juga nyanyian oleh artis jemputan Leona Lewis.

Satu persembahan yang tidak kurang menarik juga adalah persembahan memaparkan dua ekor harimau yang melompat dan mengaum di atas Stadium.

Saksikan di sini:

Johor memang terkenal dengan logo Harimau. Malam pada logo negeri Johor juga terdapat dua ekor Harimau yang dikatakan bernama Dengkes dan Tepok.

Dipetik daripada blog Dua Tiga Cadet Berlari, penulis menyatakan:

“Jika kita lihat dalam jata Kerajaan Johor, terdapat lambang 2 ekor harimau. Mengikut cerita orang tua-tua, harimau tersebut ialah Dengkes dan Tepok. Salah seekor daripadanya tempang.

Jika kita lihat jata yang digunakan pada masa dahulu, lambang kedua2 ekor harimau tersebut mempunyai kaki yang berlainan. Ini kerana ia melambangkan keadaan fizikal Dengkes dan Tepok.

Beberapa riwayat mengatakan bahawa ada yang pernah terlihat mereka berkeliaran di sepanjang pantai timur Johor kira2 pada tahun 1880 ke 1940-an. Juga dikenali dengan nama Harimau Tempang. Kisah mereka ini pembuka jalan ke takhta Johor sejak pada tahun 1855 lagi.

Ada yang mengatakan bahawa beberapa bangunan dan Istana di Johor yang dibina kira2 pada tahun 1860-an hingga 1900-an terdapat tanda kuku dalam simen basah, salah satu daripadanya adalah kesan jejak langkah harimau tidak sekata.

Sultan Sir Ibrahim dan buruannya
Tetapi bila kita melihat jata yang digunakanpada hari ini, kedua2 harimau tersebut mempunyai kaki yang sama.

Jika ada daripada kita yang berpeluang melawat bilik Takhta di Istana. Kita akan dapat melihat bahawa takhta itu telah direka dengan 4 kaki harimau merebut dunia.

Jika dilihat dengan lebih teliti, keadaan fizikal salah satu kaki atau kuku harimau itu didapati cacat. Sengaja dibuat begitu untuk mengabadikan sejarah Harimau Tepuk dalam sejarah pembangunan negeri Johor.”

Tahniah kepada JDT di atas kejayaan dan keraian stadium baharu anda.

Baca yang lain