Pesilat comel dari Indonesia Chintya Candranaya tampil dengan satu lagi video yang menggemparkan.
Chintya memang dikenali dengan aksi video yang sarat dengan aksi. Kali ini beliau menunjukkan skil menghancurkan durian dengan satu tumbukan.
Detik itu dikongsikan oleh Chintya di Instagram beliau @chintyacandranaya. Boleh la korang folliw IG dia daripada korang follow yang bukan bukan.
Chintya melakukan aksi itu dengan tangan kosong dan tiada sebarang sarung tangan. Bersepai durian tu jadinya.
Chintya sempat bergurau menyatakan itu adalah cara paling bersih kalau nak belah durian. Namun malang sekali, duriannya pula tidak boleh dimakan.
Chintya berkata: “Durian Punch. Cara belah buah duren paling paling gag higienis sedunia. Dapet challenge untuk belah buah duren, endingnya malah gag bisa disantap deh.”
View this post on InstagramA post shared by Chintya Candranaya (@chintyacandranaya) on
Ramai pengikutnya yang kagum dengan kehebatan Chintya, malah ada juga yang merasa ngilu melihat penangan pesilat wanita itu.
Malah ada yang berkata: “MasyaAllah batunya ikutan pecah”
Ya dengan batu batu sekali terpecah dek penangan tumbukuan Chintya. Kau tak percaya, kau ulang balik video tu.
Sedikit info
Chintya Candranaya merupakan seorang pesilat asal Lampung, Indonesia. Beliau merupakan ahli silat Persaudaraan Harimau Utara.
Beliau mulai viral apabila memuat naik videonya melakukan push up debgan satu jari. Ramai yang takjub melihat keupayaan wanita yang digelar Wanita Besi itu. Boleh kawan dengan Wakamey ni.
https://youtu.be/-uEkui4H2GM
Beliau mendapat ramai pengikut kerana konten yang berkaitan dengan aksi silatnya. Gaya konten yang menarik, bersahaja dan mengejutkan adalah pakej utama yang menarik peminatnya.
Selain itu, beliau memang kerap memuat naik video yang membuatkan pengikutnya rasa seram pun ada melihatkan aksinya.
Korang boleh la tengok ni, aksi dia menyepak batang paip besi. Ni kalau dia rembat kepala mahu KO terus dibuatnya.
View this post on InstagramA post shared by Chintya Candranaya (@chintyacandranaya) on
Chintya Candranaya sangat mahir dalam seni bela diri silat dengan tangan kosong ataupun dengan senjata.
Chintya Candranaya menegaskan beliau tidak boleh bercerita banyak sangat tentang gurunya, atas permintaan beliau.
Kekuatan fizikal beliau sangat luar biasa. Selain itu Chintya juga memiliki ketangkasan yang sangat tinggi.
Selain daripada kekuatan tangannya, gaya sepakan kakinya juga sangat pantas.
Chyntia mendedahkan, bahawa beliau mulai minat dengan seni bela diri seawal usia 7 tahun.
Beliau kemudian semakin serius mendalami ilmu tersebut untuk melindungi dirinya.
Di dalam keluarganya, tidak ada yang benar-benar berlatarkan ilmu bela diri yang hebat.
Yang ada pun, pak cik saudaranya. Beliaulah yang menjadi guru pertama Chintya ketika kecil.
Chintya menyatakan bahawa, sangat penting untuk menjaga disiplin. Selain daripada tidak merengek ketika melakukan latihan intensif.
Ketika bersendirian di rumah, beliau banyak melakukan latihan sendiri.