Lihat Prosedur Bangku Simpanan Dengan Social Distancing Di Bundesliga

Seperti yang dirancang, Bundesliga akhirnya berjaya kembali pada 16 Mei, selepas pentadbiran Angela Merkel memberikan lampu hijau. Merkel menyatakan perkara tersebut dalam telesidang sebelum ini..

Beliau juga memberikan lampu hijau kepada kedai kedai di Jerman untuk dibuka semula pada 11 Mei ini. Dan urusan sukan dibincangkan dengan sistematik.

Namun Merkel mengingatkan bahawa, Bundesliga harus dianjurkan berdasarkan prosedur keselamatan yang ketat. Salah satu daripada protokol yang dikenakan adalah bermain di dalam stadium kosong.

Seterusnya kesemua pemain dan jurulatih perlu menjalani pemeriksaan dan saringan berkala bagi memastikan mereka bebas daripada virus.

Jerman sudah bersedia untuk kembali memberikan kebenaran untuk membuka banyak sektor pada beberapa minggu lalu. Ini termasuk kedai gunting dan tempat ibadat. Tetapi kesemuanya kena mengamalkan langkah keselamatan yang ketat.

Pasukan di Jerman sudah pun kembali menjalani latihan sejak bulan lalu lagi.

Bundesliga ditangguhkan sejak Mac lalu. Dan mereka masih ada baki 9 perlawanan lagi untuk dimainkan.

Sambungan semula mungkin akan membuatkan beberapa prosedur yang ketat.

Misalnya pada hari ini pemain simpanan duduk dengan penjarakan sosial dan memakai topeng muka.

Ini adalah contoh di mana bangku simpanan di Signal Iduna Park melibatkan perlawanan derbi Dortmund-Schalke ataupun Revierderby

Saksikan:

Ia adalah sebahagian daripada protokol yang ditetapkan oleh kerajaan.

https://twitter.com/i/status/1261657605329518594

Dengan ini Bundesliga secara rasmi menjadi liga pertama dari kalangan 5 liga utama Eropah yang sah menyambung kembali aksi mereka.

Bundesliga merancang untuk menamatkan musim ini dengan sempurna dan berharap kesemua pasukan dapat melakukan isolasi dan prosedur berterusan.

Baca yang lain