Lihat Qatar Upah Penyokong Dari Pakistan RM48.70 Sehari

Qatar dilaporkan telah mengupah penyokong dari Pakistan untuk memeriahkan dan memenuhkan stadium sepanjang Piala Dunia 2022.

Jika selama ini kita mendengar bahawa penyokong membayar wang yang banyak untuk menyaksikan perlawanan bolasepak terutama sekali Piala Dunia.

Malah ramai yang mengeluh kerana tidak mendapat tiket untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pada acara berprestij tersebut.

Namun senario di Qatar pula berbeza. Di mana negara penganjur Piala Dunia 2022 itu memberikan wang sebagai upah untuk menjadi penyokong.

Ini bermakna penyokong pasukan bola sepak dunia merupakan satu pekerjaan di Qatar 2022 kali ini.

Qatar dilaporkan telah mengupah beribu-ribu (mungkin mencapai angka puluhan ribu?) – penyokong dari Pakistan. Penyokong-penyokong yang berbayar akan menerima gaji sebanyak $10 sehari kira kira RM48.70 sehari.

Mereka juga akan diberikan makan minum percuma tiga kali sehari sepanjang Piala Dunia berlangsung.

Penyokong-penyokong dari Pakistan ini akan menjadi pasukan sorak untuk semua negara yang memerlukan penyokong tambahan.

Sudah pastinya negara-negara yang kurang ternama ataupun yang kurang popular antara sebab kenapa perkhidmatan daripada penyokong upahan ini diwujudkan.

Mereka sudah dilatih untuk menyanyikan sorakan (chant) untuk negara-negara yang berbeza.

Misalnya chant Football Is Coming Home:

Mereka benar benar membantu memeriahkan suasana.

Penyokong penyokong ini diharap akan mewujudkan atmosfera hari perlawanan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

Tidak kurang juga penyokong penyokong yang membawa gendang sekali untuk membantu memberikan sokongan kepada pasukan pasukan yang bertanding.

Kemeriahan di dalam stadium juga akan membantu menaikkan lagi mood para pemain dan bagus untuk publisiti serta paparan di televisyen.

Piala Dunia Qatar 2022 akan berlangsung bermula 20 November ini menampilkan 32 buah negara yang layak ke pusingan akhir.

Ianya akan menjadi Piala Dunia terakhir dengan 32 pasukan kerana selepas ini Piala Dunia dengan format 48 pasukan akan digunakan.

Baca yang lain