Olivier Giroud menjaringkan gol kemenangan dan Harry Kane tersasar sepakan penalti lewat perlawanan. Itu antara drama yang berlaku ketika juara bertahan Perancis menewaskan England 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia yang sarat dengan aksi.
Aurelien Tchouameni telah memberikan gol pendahuluan buat Perancis pada separuh masa pertama. Namun kapten dan penyerang prolifik England, Harry Kane menyamakan kedudukan sembilan minit selepas babak kedua disambung.
Kane menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54 perlawanan untuk pasukannya mengikat kedudukan.
England kemudian tampil dengan aksi lebih baik selepas gol Kane itu.
Namun entah macamana Perancis kembali di depan apabila Giroud menanduk masuk bola ketika aksi berbaki 11 minit.
Namun selepas itu Tiga Singa mendapat peluang keemasan untuk berada di hadapan pada kira kira baki 5 minit daripada masa penuh.
Kali ini England mendapat sepakan penalti sekali lagi. Dan pemain bintang mereka, Harry Kane, berpeluang untuk membantu negaranya kembali mengikat kedudukan dan mengheret aksi ke masa ekstra.
Malangnya, impian England terkubur sekali bersama bola sepakan Kane yang melambung.
Inilah reaksi Kylian Mbappe ketika melihat bola Kane yang pergi ke ruang udara Qatar itu.
Mbappe's reaction to Harry Kane's miss: pic.twitter.com/KEwSJNPfZA
— ESPN FC (@ESPNFC) December 10, 2022
Mbappe dilihat bergembira dan ketawa melihat penalti tersebut tidak masuk.
Mbappe’s reaction to Kane missing his penalty is priceless #FRAANG #ENGFRA pic.twitter.com/Za3Rlajhwn
— Julien Hoez (@JulienHoez) December 10, 2022
Kegagalan Kane itu benar benar membuatkan England membayar harga yang sangat tinggi untuk kempen kali ini.
Mereka yang dianggap calon juara – seperti biasa – telah gagal untuk mara lebih jauh dalam kempen Piala Dunia 2022.
England tersingkir dan melanjutkan lagi kemarau trofi utama mereka sejak Piala Dunia 1966 berlangsung.
Sebelum ini mereka hampa pada final Euro 2020, kalah di tangan Itali.
Perancis kini kekal di landasan untuk menjadi pasukan pertama sejak Brazil 60 tahun lalu yang berjaya mempertahankan Piala Dunia.
Dengan Brazil yang sudah disingkirkan, kini Perancis dan Argentina menjadi 2 pasukan pilihan utama untuk menjulang Piala Dunia 2022.
England mara ke separuh akhir pada 4 tahun lalu. Namun disingkirkan oleh Croatia di peringkat separuh akhir.
Perancis akan berhadapan dengan pasukan giant killer paling hebat dalam Piala Dunia 2022 iaitu Maghribi yang baru sahaja menyingkirkan pasukan Portugal.
Saksikan rangkuman perlawanan di sini: