Lihat Ronaldo Akhiri Kemarau Sepakan Percuma 2 Tahun Dengan Knuckleball Nian Indah

Cristiano Ronaldo akhirnya menjaringkan gol dari sepakan percuma pertamanya selepas selama lebih dari dua tahun pada hari Sabtu ketika pasukannya meraih kemenangan 4-1 ke atas Torino.

Ini juga bermakna, gol tersebut adalah gol sepakan percuma yang pertama beliau untuk Juventus.

Pasukan Maurizio Sarri mendahului 2-1 hasil gol dari Paulo Dybala dan Juan Cuadrado.

Ronaldo kemudian melangkah untuk melebarkan lagi jurang di antara kedua dua pasukan.

Pemain berusia 35 tahun itu menggunakan teknik knuckleball yang merupakan cap dagangannya untuk melencongkan bola ke sudut kiri atas menewaskkan Salvatore Sirigu.

Memang cantik dan cun ibarat Jennie Kim.

Peminat telah memberi reaksi terhadap gol pertama Ronaldo dari sepakan percuma di peringkat kelab sejak Disember 2017 dan mereka ternyata teruja dan menyukainya.

Kemenangan untuk Juventus itu meletakkan mereka tujuh mata di hadapan Lazio di puncak Serie A.

Is mata penting untuk pasukan โ€˜The Old Ladyโ€™ mencari gelaran liga kesembilan berturut-turut.

Dybala membuka tirai jaringan dalam masa tiga minit dengan melakukan gelecekan yang sukar melalui deretan pertahanan Torino sebelum dengan tenang membuat gol.

Cuadrado melipatgandakan pendahuluan pasukan pendahulu. Dan kemudian Ronaldo melakukan rembatan deras daripada sepakan percuma.

https://twitter.com/theDamorela/status/1279455776872906755?s=19

Torino kemudian menjaringkan satu gol sebelum separuh masa menerusi penalti Andrea Belotti.

Namun kemudian Djidji melakukan jaringan sendiri memberikan kemenangan 4-1 buat Juve.

Baca yang lain