Lihat Screamer Nazmi Faiz Jadi Matchwinner JDT vs UiTM

Nazmi Faiz Mansor meneruskan permulaan cemerlang beliau musim ini bersama dengan Johor Ta’zim setakat ini bagi permukaan kalendar musim tahun 2020.

Kalau hari tu maestro Pasukan JDT itu menjadi pemain yang cemerlang berhadapan dengan pasukan dari Korea Selatan, Suwon Bluewings pada saingan Liga Juara Juara AFC.

Di mana dalam aksi berhadapan Suwon Bluewings tempoh hari, Nazmi Faiz berjaya mencetuskan penalti dengan killer passnya kepada Diogo pada ketika itu.

Kemudian beliau melakukan assist kepada gol kemenangan Mauricio untuk kemenangan bersejarah pasukan Johor Darul Ta’im ke atas Suwon Bluewings.

Dan kali ini beliau menjadi matchwinner pula dalam aksi Liga super Malaysia berhadapan dengan UiTM FC.

Dalam aksi Liga Super kedua JDT musim ini, mereka berhadapan dengan UiTM FC.

JDT di hadapan menerusi Diogo Luis Santo pada minit ke-9.

Namun gol itu berjaya dibalas oleh pemain UiTM FC – Victor Nirenold pada minit ke-19.

JDT kemudian bergelut untuk mendapatkan gol kedua dalam perlawanan ini.

Mereka pastinya tidak mahu keciciran mata di tempat sendiri.

Namun pada minit ke-69 Nazmi Faiz melakukan tipikal gol Nazmi Faiz. Dia suka membuat screamer. Walaupun lama dah kita tak tengok.

Gol itu adalah satu ketajaman dan teknik sempurna. Kakinya contact dengan bola di sweet spot.

Penjaga gol mungkin patut melakukan lebih baik. Namun bola itu on target dan padu. Menyebabkan keeper kena betul betul melakukan save terbaik untuk menafikannya.

Silap sikit inilah jadinya:

Gol itu memberikan tiga mata berharga untuk buat Johor Darul Ta’zim di halaman sendiri. Mengekalkan fortress mereka di tempat sendiri.

Ia juga berjaya memastikan Stadium Sultan Ibrahim kekal dengan rekod kemenangan 100 peratus lepas tiga perlawanan kompetitif melibatkan pasukan JDT.

JDT menang dalam LS1 berhadapan dengan pasukan Kedah. Dan diikuti oleh kemenangan berhadapan dengan jaguh Korea Selatan, Suwon Bluewings.

Prestasi Nazmi Faiz pastinya menjadi bualan lagi selepas ini. Beliau perlu mengekalkan konsistensi sebegini untuk kekal dalam pasukan utama.

Masalah utama Nazmi Faiz dalam beberapa musim ini adalah konsistensi. Tiada siapa yang boleh menafikan bakat yang ada padanya

Itu yang membuatkan beliau hilang tempat dalam kesebelasan utama dalam pasukan yang sarat dengan bintang.

JDT mencatatkan kemenangan kedua daripada dua perlawanan MSL musim ini. Juara bertahan tersebut kini berada di tangga kedua liga.

Hanya Melaka dan JDT setakat ini berjaya menang 100%.

Berikut adalah kedudukan liga setakat ini.

https://twitter.com/OfficialJohor/status/1236313515134083073?s=19

Johor Darul Ta’zim dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super Malaysia.

Selain daripada itu ini adalah musim kedua Johor Darul Ta’zim beraksi dalam liga juara-juara AFC.