Power! Sepakan Percuma Selaju 168KMJ Adriano Yang Berdesup Bak Peluru

Adriano Leite Ribeiro bukan sahaja salah seorang penyerang terbaik dunia pada masa peak beliau. Tetapi juga memiliki rembatan bak peluru. Sehingga shot power beliau di dalam PES pun 99 jadinya.

Bekas rakan sepasukannya, Zlatan Ibrahimovic menggelarkan beliau sebagai salah seorang penyerang paling berbakat pernah bergandingan dengannya.

“Saya bermain dengan ramai pemain dan saya bermain bersama Adriano. Saya lihat dia sangat berbakat. Namun sayangnya, saya rasa dia patut lebih lama berada di peringkat tertinggi.”

Ketika menerima tawaran Inter Milan, satu perkara yang saya demand daripada presiden ketika itu adalah, saya nak bermain bersama beliau. Dia ibarat binatang buas yang boleh merembat dari semua arah.”

“Tak ada siapa boleh mengambil bola daripadanya.”

Salah satu sepakan percuma paling padu dilakukan Adriano adalah ketika berhadapan dengan Real Madrid di Bernabeu pada 2001. Di mana beliau merembat bola ke arah top corner sebelah kiri.

Sepakan percuma peluru

Adriano baru baru ini menyatakan beliau ingat lagi dengan sepakan percuma itu. Bercakap kepada laman rasmi Inter, Adriano menyatakan sepakan percuma itu selaju 105 batu per jam ataupun sekitar 168 km/j.

“Saya tiba di Bernabeu. Saya menyarung jersi Inter Milan dan lawan kami adalah Real Madrid. Saya rasakan hari itu seperti mimpi.”

“Saya tak minta benda lain dah dalam hidup lebih daripada itu. Saya masuk ke padang dan tak fikir apa apa. Saya bermain di Bernabeu seolah olah saya sedang bermain di padang berpasir di Vila Cruzeiro.”

“Saya bekerja keras, saya mempamerkan skil dan melakukan segalanya. Saya memenangi sepakan percuma dan coach dari bench suruh saya ambilnya.”

“Korang masih ingat tak, kaki kiri yang saya gunakan berlatih di lorong dan di rumah, dan itulah kaki yang kerap membuat ibu saya naik gila.”

“Saya perkenalkan kaki itu kepada dunia dengan sepakan percuma itu. Mereka kata kepada saya bahawa ianya selaju 105 batu per jam.”

Namun sepakan percuma itu tidak diiktiraf dalam Guinness World Record. Rekod semasa Guiness, milik Francisco Javier Galan Marin, yang mencatatkan kelajuan 80.1 batu per jam pada 2001.

Korang tengok sendiri free kick yang dimaksudkan Adriano ini:

Berdesup wei. Memang laju nak mampus. Kalau kena kepala boleh kena concussion tu. Beliau menggunakan segala kekuatan yang ada yang dicurahkan ke kakinya.

Adriano memang bakat yang luar biasa pada ketika itu. Namun sayangnya beliau gagal berada di peringkat tertinggi lebih lama. Javier Zanetti mendedahkan bahawa, pemergian ayahnya membuatkan Adriano sangat sedih dan mulai hilang fokus kepada bola sepak.

Beliau mulai menjadi kaki botol dan mengalami kemurungan yang teruk.

Namun semua kita akan ingat persona pemain yang digelar Sang Maharaja oleh peminat Inter Milan.

Baca yang lain