TikTok merupakan kegilaan terbaru generasi pada hari ini. Kalau di Malaysia pastinya kita terus ingat Akhyar Rashid yang sangat aktif dalam aplikasi tersebut.
TikTok adalah aplikasi rangkaian sosial untuk perkongsian video yang dimiliki oleh ByteDance.
ByteDanc merupakan sbuah syarikat yang berpusat di Beijing yang diasaskan pada tahun 2012 oleh Zhang Yiming.
Ia digunakan untuk membuat video pendek lip-sync, komedi, dan tunjukkan bakat. Aplikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk iOS dan Android di pasaran di luar China.
Sergio Ramos pun kaki TikTok
Namun bukan Akhyar Rashid sahaja yang gilakan TikTok ini, malah sudah ramai pemain bola sepak menginstall dan menggunakannya.
Beliau sudah banyak memuat naik video ke akaun TikTok miliknya.
Ramos juga aktif terlibat dengan video cabaran di TikTok:
Terbaru ialah kapten keras Real Madrid iaitu Sergio Ramos. Beliau memuat naik satu video tiktok dengan lagu dangdut:
Aksi Sergio Ramos itu mendapat perhatian ramai pihak. Peminat dari Indonesia bangga kerana lagu itu adalah dari Indonesia berjudul bagaikan langit.
hiyak lagu #TikTok indo terdengar ke suara captain @SergioRamos pic.twitter.com/XHwH3ntWoc
— ∆F (@ditribun) February 20, 2020
@SergioRamos #tiktokindonesia hahahaha @potretband mancanegara loh https://t.co/HYmS3dULq4
— Manusia Biasa (@AS031174) February 21, 2020
Mark Zuckerberg pun risau dengan TikTok
Sebelum ini, Mark Zuckerberg sudah menyatakan ikrar beliau bahawa beliau tidak akan sesekali pernah sukakan TikTok.
Sebenarnya Mark Zuckerberg kelihatan tercabar dengan perkembangan aplikasi tersebut yang meningkat sangan mendadak.
Dan beliau sudah menyatakan tidak pernah mempertimbangkan TikTok dalam senarai untuk beliau jadikan jenama di bawah mereka seperti mana WhatsApp dan Instagram.
Ia sekaligus menepis dakwaan yang mengaitkan Zuckerberg dengan usaha cuba memiliki TikTok.
Before Mark Zuckerberg Tried To Kill TikTok, He Wanted To Own It https://t.co/4rAVyxkcq0
— BuzzFeed (@BuzzFeed) November 13, 2019
Pemerhati bebas menyatakan Mark Zuckerberg kelihatannya sudah tidak dapat menyembunyikan kecemburuannya kepada TikTok sehingga terbuka memberitahu dia bencikan TikTok.
Kenapa Mark Zuckerberg benci dengan TikTok? Ianya lebih kepada perasaan risau dan rasa terancam dengan perkembangan aplikasi tersebut yang kini sudah dimuat naik lebih 738 juta pada 2019.
Sensor Tower melaporkan TikTok sebagai aplikasi baharu yang meningkat naik dengan sangat mendadak. Hanya WhatsApp yang dimiliki Facebook yang berada di atas mereka pada ketika ini.
Walaupun WhatsApp berada di atas, namun TikTok ternyata memberikan mereka persaingan dan ancaman. Malah TikTok berada di atas Facebook, Facebook Messenger dan Instagram.
Pada 2019, TikTok di-‘install’ sebanyak 44% daripada 1.65 billion muat turun.
Mark Zuckerberg kemudian mempertikaikan tahap sekuriti data oleh TikTok yang dimiliki oleh China.
“Servis WhatsApp kami digunakan semua orang termasuk protester, aktivis di seluruh dunia kerana mereka percaya dengan encryption serta perlindungan privasi yang kuat.”
“TikTok pula, aplikasi dari China ini telah meningkat naik di seluruh dunia. Anda tak boleh memetik nama protes kerana ia akan dicensorend, termasuk di Amerika Syarikat.”
Shots fired at TikTok and China! pic.twitter.com/CntcuDhDgb
— Marcus Gilmer (@marcusgilmer) October 17, 2019
“Adakah ini yang warga internet mahukan?”
“China kini telah menghantar mata-mata mereka menerusi internet ke negara lain.”
Kenyataan Mark Zuckerberg itu tidak disenangi oleh TikTok. Mereka menafikan mereka dipengaruhi oleh polisi politik dan diplomasi kerajaan China.
Malah mereka kini dalam proses untuk menjual sebahagian daripada pemilikan saham mereka kepada pihak luar negara bagi membuktikan mereka bukannya milik mutlak kerajaan China.
Namun amaran Mark Zuckerberg ini telah menimbulkan kegusaran pada TikTok. Mereka risau tuduhan yang menurut mereka, tak berasas daripada Mark Zuckerberg ini akan mempengaruhi pentadbiran Trump.
Tahun lalu terdapat laporan menyatakan Mark Zuckerberg pun ada akaun TikTok.
Mark Zuckerberg has a secret @tiktok_us account with over 4,000 followershttps://t.co/kzHdezN6Yh pic.twitter.com/uZtG2Lj9IV
— Express Technology (@ExpressTechie) November 16, 2019