Lihat Statistik Dan Saves Kelleher Yang Meloloskan Liverpool Ke Kalah Mati

Caoimhin Kelleher disenaraikan dalam kesebelasan utama berdepan dengan Ajax. Ini selepas Liverpool mengesahkan Alisson bakal berehat sekali lagi kerana kecederaan.

Alisson dijangka akan berehat sekitar 2 minggu. Liverpool terus dirundung masalah kecederaan yang teruk musim ini.

Penjaga gol muda dari Ireland itu menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin dalam debut UCL beliau bersama Liverpool.

Liverpool mara ke pusingan kalah mati dengan kemenangan 1-0 ke atas Ajax. Curtis Jones menjaringkan gol tunggal. Juga kombinasi daripada graduan akademi Liverpool.

Gol Jones adalah hasil umpanan Neco Williams.

Aksi paling mencuri tumpuan pasuknya Caoimhin Kelleher yang beraksi dengan sangat baik di gawang gol. Ajax memiliki 4 percubaan tepat dalam perlawanan ini.

Tetapi Kelleher ada jawapan untuk kesemua percubaan tepat itu.

Selepas tamat perlawanan, Kelleher berkata: “Jelas sekali itu debut yang luar biasa di UCL. Ianya sangat bermakna buat saya.”

“Paling penting, kami menang dan mara, dan kami berjaya melakukannya.”

Ditanya tentang beberapa siri menyelamat cemerlang beliau dalam perlawanan, Kelleher menyatakan, itulah tujuan beliau diturunkan, untuk melakukan ‘saves’.

Kelleher berkata: “Itulah sebab saya berada di atas padang [untuk melakukan saves]. Saya bekerja keras di padang latihan dan syukur sekali saya dapat melakukan beberapa aksi menyelamat malam ni.”

Dalam perlawanan ini Kelleher melakukan 4 saves. 3 daripadanya adalah menafikan percubaan di dalam kotak penalti.

Selain daripada aksi saves yang padu, Kelleher juga memiliki footwork yang baik sebagai ball playing keeper. Itu semua korang tau kan?

Salah satu save penting Kelleher adalah menafikan percubaan lawan pada babak akhir perlawanan. Ianya adalah save yang menyelamatkan 3 mata untuk Liverpool.

Kelleher dengan tenang menepis tandukan oleh Klaas Jan Huntelaar.

Kelleher menjadi penjaga gol kedua Liverpool dalam sejarah untuk melakukan clean sheet dalam debut UCL selepas Chris Kirkland ketika berdepan Galatasaray pada 2003.

Selepas tamat perlawanan, Klopp memuji prestasi pemain pemain muda Liverpool.

“Jujurnya, sejak saya berada di Liverpool, ini adalah salah satu keputusan paling bermakna dicatatkan.”

“Curtis Jones budak yang sangat bagus, dan pemain yang sangat bagus.”

“Saya sangat gembira melihat bagaimana Kelleher berdepan dengan situasi di atas padang, dan betapa tenangnya beliau.”

Liverpool mara ke kalah mati. Namun Ajax diberikan talian hayat selepas Atalanta gagal mencatatkan kemenangan dalam satu lagi aksi berdepan Midtjylland.

Pertembungan Ajax dan Atalanta pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pasti akan menarik untuk menentukan siapa yang akan mengiringi Liverpool ke pusingan kalah mati.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi