Lihat Versi Full Cover Lagu RATM Oleh Vokalis 3 Tahun Dari Malaysia Bersama Gitaris Dan Drummer

Sebelum ini telah tular teruk pasangan anak kecil dengan ayahnya membuat cover lagu hit Rage Against the Machine —  Killing in the Name.

Cover lagu versi comel oleh warga Malaysia – Ujang Ijon dan anak perempuannya yang berusia 3 tahun bernama Audrey telah mencetuskan sensasi di internet ketika berbillion manusia duduk di rumah kerana MCO.

Malah lebih power lagi apabila gitaris legenda Rage Against the Machine sendiri iaitu Tom Morello berkongsi dengan dunia video comel itu di twitternya.

Tweet tersebut telah diserbu ramai dari seluruh dunia. Tom Morello antara gitaris yang paling berpengaruh di dunia. Jadi bukan senang nak mendapatkan perhatian beliau dan kemudian dikongsikan pula di media sosialnya.

Sejak dimuat naik ke facebook oleh Ujang Ijon yang berasal dari Sabah, ia telah menarik jutaan tontonan. Ramai yang menganggap ia antara perkara tercomel berlaku pada ketika itu.

Lirik Killing in the Name adalah mengenai rasisme institusi dan kekejaman polis. Dan lagu itu termuat di album debut berjudul Rage Against the Machine pada tahun 1992. Kini lagu ini menjadi antara lagu signature kepada kumpulan tersebut.

Walaupun subjeknya berat, dengan liriknya yang agak ganas dinyanyikan oleh frontman Rage Against the Machine Zack de la Rocha, namun begitu si cilik Audrey telah menjadikan lagu yang keras itu menjadi comel.

Ujang, 44, memberitahu laman web Pop Asia bahawa anak perempuannya selalu menyanyi setiap kali dia memainkan lagu kanak-kanak, seperti The ABCs dan Five Little Monkeys, di gitarnya.

Namun semalam seorang pengguna facebook telah memuat naik versi jamming berkumpulan lagu tersebut yang menampilkan full version bersama Ujang Ijon dan vokal Audrey.

Mereka menggabungkan aksi mereka dalam satu video. Versi ini memang padu beb.

Korang saksikan di sini:

Rage Against The Machine memang dikenali dengan lagu lagu yang banyak membangkitkan kecaman kepada salah laku politik, rasisme, kegagalan institusi, kemanusiaan, dan sebagainya.

Mereka adalah kumpulan yang percaya kepada ‘the power of speech’. Di mana Tom Morello pernah menyatakan bahawa Malcolm X adalah sumber inspirasi utama di dalam penulisan lirik mereka.

Lagu Killing in the Name – secara tak mengejutkan – telah menjadi antara lagu paling digemari peminat Rage Against the Machine namun pada masa yang sama menjadi antara lagu yang paling banyak disekat/kena ban/ kena gam oleh radio di barat.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.