Lihat Kesemua 88 Gol Ronaldo R9 Dengan Menggelecek Penjaga Gol

Ronaldo Fenomeno ataupun R9 seringkali diangkat sebagai no.9 terbaik dalam sejarah bola sepak.

Malah beliau sentiasa diletakkan di dalam senarai lima pemain terbaik sepanjang zaman sebaris dengan nama-nama besar seperti Pele, Maradona dan legenda lain, oleh ramai pemerhati dan pundit bola sepak.

Ronaldo R9 bukan sahaja seorang mesin pencetak gol yang berbisa, tetapi juga seorang penghibur di atas padang dengan aksi-aksi yang memukau.

Ronaldo telah menjadi rujukan ramai pemain profesional yang ada pada hari ini ketika mereka masih lagi di bangku sekolah.

Di dalam kariernya beliau telah bermain bersama dengan kelab seperti Barcelona, Inter Milan Real Madrid dan AC Milan.

Walaupun beliau pemain yang bermain di kedua-dua belah pihak untuk el-classico dan juga derby Milano, namun nama Ronaldo tidak sesekali berada dalam senarai untuk dibenci oleh peminat.

Di peringkat kebangsaan beliau berjaya membantu negaranya menjuarai Piala Dunia. Beliau antara pemain yang menjadi tunjang kepada generasi emas Brazil ketika itu.

Ronaldo merupakan pemain yang memiliki ketajaman kepantasan serta lasak.

Beberapa kali dilanda kecederaan beliau bangkit untuk memberikan aksi terbaik.

Ketika pada prestasi kemuncaknya ramai pemain pertahanan melabel Ronaldo Nazario sebagai unplayable ataupun tak mampu dikekang.

Beliau boleh menewaskan lawannya dengan cara melepasi bahu mereka dan memecut laju. Ataupun dengan menewaskan mereka menerusi gerakan gerakan sekiranya tidak masuk akal.

Sebutlah apa sahaja skil, sombrero, elastico dan pelbagai lagi skill semuanya mampu dilakukannya.

Namun pada akhir karier, beliau terpaksa akur dengan isu berat badannya dan kecederaan yang berterusan melandanya.

Ronaldo ketika bergelar pemain menjaringkan 247 gol di peringkat kelab daripada 343 penampilan. Untuk skuad Samba beliau meledak 62 gol daripad 98 penampilan.

Daripada jumlah gol itu beliau melakukan 88 gol dengan cara menggelecek melepasi penjaga gol.

Itu sudah cukup untuk memberitahu betapa beliau memang seorang penyerang yang suka untuk menggelecek penjaga gol.

Selain daripada menjaringkan gol – beliau juga boleh mencipta gol dengan sendiri, boleh melakukan gelecekan dari tengah padang, berfizikal tegap, laju dan sangat teknikal.

Ditanya tentang kenapa beliau suka menggelecek penjaga gol, Il Fenomeno menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang sudah menjadi tabiatnya.

Jadi beliau tidak menganggap perkara itu sebagai istimewa walaupun kita yang melihat rekodnya dan menyaksikan aksinya menganggap itu sesuatu yang istimewa.

Ronaldo berkata: “Saya suka menjaringkan gol dengan melepasi semua pemain pertahanan termasuk penjaga gol.”

“Ini bukan keistimewaan saya, tetapi ia adalah tabiat saya.”

Ronaldo memenangi 2 Piala Dunia dengan Brazil dan 1 Naib Juara Dunia pada 1998. Beliau memenangi banyak trofi bersama kelabnya dan juga memenangi banyak pengiktirafan individu.

Ikuti aksi Ronaldo Fenomeno yang suka menciduk dan menggelecek penjaga gol.