Lihat Video ‘I’m Back’ Holyfield Dengan Speed Tumbukan Berdesup, Respon Kepada Tyson

Jika sebelum ini Mike Tyson telah memuat naik video beliau melakukan latihan intensif untuk kembali semula ke ring.

Pantun itu seakan akan cuba dibeli bekas seteru lamanya Evander Holyfield. Video tersebut adalah respon kepada video I’M BACK oleh Mike Tyson.

Evander Holyfield turut menyatakan beliau juga bersemangat kembali semula ke gelanggang.

Namun sebelum ini Holyfield berseloroh menyatakan beliau tidak sampai hati untuk membuli Mike Tyson untuk kali ketiga di dalam ring.

Ini selepas dua pertembungan mereka di era profesional dimenangi oleh Holyfield. Ramai yang mengimpikan pertarungan trilogi Holyfield-Tyson.

Holyfield, 57, kemudian memuat naik video beliau melakukan latihan intensif di gym. Holyfield turut menyatakan ‘I’m Back’.

Video tersebut telah membuatkan ramai peminat beranggapan Evander Holyfield membuat persiapan dengan Iron Mike.

Holyfield menulis: “Minggu pertama saya kembali semula ke gym dan saya terasa sangat bagus sekali. Saya tak sabar untuk meningkatkan lagi sesi latihan dan intensiti untuk persiapan kepada pertarungan saya.

“Saya akan beritahu kamu, jika saya ada benda nak diberitahu kelak.”

Sky Sports bertanya kepada Holyfield apa komen beliau jika bertemu semula dengan Mike Tyson di atas ring.

Dengan ringkas Holyfield berkata: “Menang-menang-menang,” merujuk kepada rekod 3 kemenangan bakal dicipta.

Lihat video Evander Holyfield di sini:

Atas tu video yang tenang sikit. Ini yang lebih intensif. Korang lihat sendiri. Tumbukan masih padu dan laju. Kalau kena muka berdesup.

Walaupun Mike Tyson dan Holyfield bermusuh teruk pada masa kegemilangan mereka. Namun sekarang ini kedua duanya adalah sahabat yang sangat rapat.

Rakan baik

Tyson menyatakan kekesalan beliau dan memohon maaf kepada Holyfield beberapa hari selepas insiden tersebut.

Pada 2009, mereka dipertemukan dalam rancangan bual bicara Oprah Winfrey dan Tyson membuat pemohonan maaf secara terbuka di televisyen.

“Saya minta maaf. Lelaki ini (Holyfield) sungguh hebat. Saya hanya ingin menyatakan satu penghormatan bagi saya kerana mengenali kamu.”

Holyfield memaafkan Tyson meskipun telinganya terus cacat.

“Perkara terpenting dalam hidup ini adalah memaafkan, dan saya memaafkan kamu Mike.”

Ucap Holyfield sambil menjabat tangan Tyson. Tyson turut menghadiri upacara pengiktirafan Holyfield sebagai petinju terhebat sepanjang zaman dari Nevada.

Tyson dan Holyfield juga tampil iklan Footlocker pada 2013.  Dalam iklan tersebut Tyson mengembalikan potongan telinga Holyfield yang hilang pada 1997.

Siapa lawan Mike Tyson?

Sebelum ini ramai menjangkakan perlawanan amal Tyson itu akan melibatkan bekas petinju yang pernah menewaskan beliau.

Berikut adalah 5 petinju yang pernah mengalahkan Mike Tyson sepanjang kariernya.

1. James Douglas

James Buster Douglas mengejutkan dunia apabila menjadi petinju pertama menewaskan Mike Tyson dengan KO pada pusingan ke-10.

Ia sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah Tyson hampir 4 tahun.

2. Evander Holyfield

Dalam kariernya, Evander Holyfield bertinju dua kali menentang Mike Tyson. Dan beliau menang kedua duanya termasuk ketika beliau digigit telinga.

Terbaru ketika ditanya sama ada beliau mempertimbangkan pertembungan trilogi dengan Mike Tyson dalam pertarungan amal yang diwar-warkan Tyson?

Holyfield berseloroh menjawab: “Sudah cukup saya kalahkan dia dua kali. Tak perlu saya buli dia kali ketiga.”

Holyfield dan Mike Tyson sekarang sudah menjadi sahabat baik ye.

3. Lennox Lewis

Ia salah satu acara terbesar di dalam dunia tinju diberikan nama Lewis–Tyson: Is On.

Lewis berjaya menang dengan menewaskan Tyson pada pusingan kelapan. Di mana Lennox Lewis mencipta KO.

Kemenangan ini membolehkan Lewis memenangi bengkung kejuaraan heavyweight dunia.

4. Danny Williams

Danny Williams menyatakan beliau berasa malu apabila menewaskan Mike Tyson. Ini kerana beliau menyanjung tinggi Mike Tyson dan menganggap Tyson manusia yang sukar dikalahkan.

Danny Williams menewaskan Tyson selepas Tyson cuba bangkit daripada kekalahan di tangan Lewis. Tyson menang ke atas Clifford Ettiene, namun tersungkur di tangan Williams.

5. Kevin McBride

Selepas kekalahan di tangan Williams, Tyson mencuba satu lagi pertarungan. Tyson hadir ke aksi ini dengan rekod paling buruk dalam kariernya di mana beliau tewas dalam 2 daripada 3 pertarungan terakhir.

Tyson sekali lagi tersungkur, kali ini di tangan Kevin McBride.

Mike Tyson jelas tertekan dalam aksi ini dan beberapa kali cuba melakukan foul ke atas lawannya. Pertarungan ditamatkan pada pusingan keenam.

Mike Tyson pernah berkongsi semula kisah ini dengan menganggap ia adalah kekalahan paling perit untuk beliau telan.

Dia merancang untuk meninggalkan dunia tinju dengan kemenangan. Namun dia tak mampu.

Jadi siapakah bakal lawan Mike Tyson selepas ini?

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil