Lihat Video KKM Tentang Pengebumian Jenazah Pertama Korban Koronavirus

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi satu video khas yang memaparkan bagaiman proses pegebumian mayat yang pertama, korban koronavirus di Malaysia.

Video yang berdurasi 1.30 minit itu telah dikongsi lebih 2.5 ribu kali oleh pengguna Facebook.

Jenazah mangsa wabak COVID-19 tersebut meninggal di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tengah hari Selasa.

Jenazah selamat dikebumikan kira kira pukul 9 malam semalam di tanah perkuburan Islam di Johor Bahru.

Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu tiba di tanah perkuburan pukul 8.15 malam pada Selasa.

Kira kira 10 petugas dipercayai kakitangan hospital dilihat lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika urusan jenazah dilakukan.

Isteri dan anak allahyarham tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan pengebumian itu kerana masih lagi dikuarantin di Hospital Permai, di sini.

Pengamal media yang hadir juga tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan dan diminta menjarakkan diri pada kedudukan 50 meter.

Allahyarham merupakan pesakit ke-178 di Malaysia daripada kluster jangkitan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Dia mula mengalami gejala demam pada 5 Mac lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Permai pada 12 Mac lalu.

Dua kematian pertama

Pada 17 Mac 2020 merupakan hari yang dukacita buat rakyat Malaysia. Ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan dua kematian dicatatkan pada hari ini kerana COVID-19 / koronavirus.

Ia juga merupakan dua kematian yang pertama dicatatkan di Malaysia kerana koronavirus.

KKM dalam kenyataan mereka berkata:

Malaysia mencatat dua kematian akibat penularan jangkitan #COVID19.

Kedua-duanya lelaki warga tempatan.

Diharapkan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak jangkitan terus merebak dan membahayakan lebih banyak nyawa.

Untuk kes ke-178 yang membawa kepada kematian pertama, mangsa merupakan lelaki berusia 34 tahun. Dan pernah menyertai jemaah tabligh di Sri Petaling.

Mulai mengalami simptom demam sejak 5 Mac lalu. Dan meninggal dunia pada 17 Mac 2020, di Hospital Permai, Johor.

Satu lagi kes kematian adalah dicatatkan di Sarawak, dalam kes ke-358. Di mana pesakit berusia 60 tahun, ada sejarah sakit kronik.

Mengalami gejala demam pada 7 Mac, dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada 17 Mac 2020.

Pada hari yang sama KKM turut mengesahkan 7 kes telah pulih dan dibenarkan discaj. Dengan ini, jumlah kes pulih adalah 49 kes, pada ketika itu.

Terdapat 120 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes sebanyak 673.

Covid-19 semakin menular di dunia. Wabak yang bermula di Wuhan China itu telah mengorbankan lebih 8,900 nyawa di seluruh dunia setakat ini.

Dan sudah lebih 217,000 kes dicatatkan di seluruh dunia pada ketika ini.

Ambil langkah langkah pencegahan dan ikuti arahan pihak berkuasa untuk mengawal penularan wabak ini.

Takziah kepada kaum keluarga si mati. Dan bersama sama kita doakan agar saintis dan pakar menemui vaksin wabak ini.

Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan orang awam bermula 12 tengah malam ataupun tepat pada awal pagi 18 Mac 2020.

Ianya salah satu langkah dari kerajaan untuk meratakan graf Covid-19. Pada masa yang sama, cuba mengurangkan mobiliti di kalangan kita semua supaya virus ini tidak mudah merebak.

Baca yang lain