Kira-kira 15,000 penyokong Lazio berkumpul di sekitar jalanraya di Rom untuk menyatakan protes kepada Presiden Claudio Lotito, pengurus baharu Marco Baroni dan strategi perpindahan mereka.
Kelab itu bergolak selepas beberapa bulan yang sukar, apabila Maurizio Sarri meletak jawatan pada pertengahan Mac, kemudian penggantinya Igor Tudor menandatangani kontrak jangka panjang.
Namun peliknya, Tudor berundur minggu lalu kerana dia mempunyai perselisihan faham yang mendalam dengan Lotito tentang cara membina pasukan. Tudor dikatakan terkejut dengan polisi kelab itu yang campur tangan dalam kerja pengurus dalam isu pengurusan pasukan.
Tudor menyatakan dia tidak mahu bekerja jika hanya menjadi boneka di tepi padang namun tidak ada kawalan lebih besar dalam pengurusan pasukan.
Lazio fans are all set for the new season! 🔵pic.twitter.com/AtM4Ykkq1A
— Italian Football TV (@IFTVofficial) August 14, 2022
Kritikan Tudor itu membuatkan Lotito bengang dan memecatnya. Mereka kemudian melantik bekas bos Verona, Baroni dengan kontrak dua tahun dan keputusan itu tidak disenangi penyokong.
Pemergian Luis Alberto dan Daichi Kamada juga menggusarkan peminat, yang mendakwa terdapat kekurangan cita-cita daripada Lotito.
Dua pemain itu sebelum ini menjadi pemain penting kelab. Namun semakin dah tak tahan dengan suasana toksik di kelab itu. Peminat merasa simpati dengan dua pemain tersebut.
Dan akur bahawa kelab mereka memang tak ada cita cita lebih besar selain daripada hanya mahu kekal di Serie A dan layak ke kejohanan kelas kedua atau ketiga di Eropah.
Tiada pelaburan yang lebih baik dibuat oleh kelab untuk menguatkan lagi pasukan. Itu yang membuatkan peminat berkumpul untuk membuat sesi berdoa agar tuhan mencabut nyawa presiden kelab mereka.
Mereka membacakan doa dengan meminta tuhan agar mempercepatkan proses mencabut nyawa Lotito agar dia hilang dari muka bumi jika dia tidak mahu melepaskan kelab itu.
In yesterday’s protest against Lazio’s president Lotito, more than 15k Lazio fans gathered and asked God to take him away
byu/Weishaupt17 insoccer
Kira-kira 10,000 ke 15,000 peminat berkumpul di luar Stadio Flaminio petang ini untuk membantah dengan sepanduk yang menyeru Lotito untuk ‘Membebaskan Lazio’ dan membandingkan jawatan presidennya dengan diktaktor atau kuku besi.
“Kami mahu menang, kami mahu kembali menang,” kata peminat melaungkannya dengan penuh amarah.
Lazio akan mengambil bahagian dalam Liga Europa musim ini, setelah mencapai Pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah musim lalu di bawah Sarri.
Peminat kecewa kerana kelab sangat teruk, tidak membantu menyokong usaha Maurizio Sarri membina pasukan.