Lihat Vissel Kobe Dan Yokohama FM Terlepas Sembilan Penalti Berturut-Turut

Vissel Kobe memenangi final Piala Super Jepun menentang Yokohama F. Marinos dalam perlawanan yang sangat dramatik.

Juara Piala Super Jepun ditentukan melalui sepakan penalti yang maha dasyat.

Kedua-dua pasukan terikat seri 3-3 dengan Yokohama FM mengejar Kobe tiga kali dalam tempoh 90 minit.

Perlawanan itu kemudiannya dibawa ke aksi penentuan sepakan penalti.

Dan aksi sepakan penalti kedua pasukan ini menjadi aksi yang sungguh dramatik dengan mereka bergilir-gilir tidak mahu menyumbat bola ke dalam gol.

https://twitter.com/twinglish/status/1226026557283528704?s=19

Thiago Martins menjaringkan gol pertama sebelum pemain legenda Andres Iniesta meletakkan Vissel Kobe kembali ke landasan sebenar mereka.

Takahiro Ohgihara dan Junya Tanaka masing-masing juga menjaringkan gol untuk Yokohama FM dan Vissel Kobe.

Selepas perlawanan tamat dengan keputusan seri,
Tidak ada sesiapa di Stadium Saitama 2002 yang boleh meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya.

Perlawanan itu dibawa ke aksi penentuan sepakan penalti dan sembilan penalti berturut-turut tidak masuk. Iya sembilan berturut-turut. Mengejutkan bukan?

bermacam arah bola itu ditujukan namun tidak satu pon dari sembilan sepakan itu menerjah jaring.

Ada bola yang diselamatkan penjaga gol dan kebanyakkan nya bola yang mereka sepak terbang ke udara dengan irama lagu Zynakal.

Lihat rakaman di sini

https://twitter.com/CayenneAoyama__/status/1226033773969469440?s=19

Pernahkah anda melihat sesuatu seperti ini?

Edigar Junio ​​hanya mampu menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol Vissel Kobe, Hiroki Iikura, sebelum Keijiro Ogawa menyaksikan sepakannya terbang melayang meninggalkan gawang.

Kota Mizunuma kemudian menendang bola tinggi keudara untuk mengejar bola Keijiro Ogawa.

Daigo Nishi juga gagal menyempurnakan sepakan penaltinya untuk meletakkan Vissel Kobe di depan. masing-masing berebut nak tendang bola siapa lagi tinggi.

Ken Matsubara adalah pemain berikutnya yang meneruskan aksi tendangan penalti tanpa jaringan sebelum Leo Osaki melakukan tendangan penalti yang tinggi menggalai bulan.

Takuya Wada kemudiannya melakukan tendangan dan diselamatkan oleh penjaga gol.

Sebelumnya bekas pemain pertahanan Arsenal dan Barcelona, ​​Thomas Vermaelen juga tidak berminat untuk menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti itu.

Keita Endo adalah pemain ke sembilan yang tidak berminat sama sekali menjaringkan gol untuk penentuan sepakan penalti ini.

Akhirnya Hotaru Yamaguchi berjaya menyempurnakan sepakan penaltinya dan mengakhiri belenggu penonton yang hairan kenapa bola tidak menerjah jaring selepas sembilan kali sepakan berturut-turut.

https://twitter.com/CayenneAoyama__/status/1226062753128800257?s=19

Tidak keterlaluan sekiranya kita menganggap bahawa penentuan sepakkan penalti antara kedua pasukan ini adalah yang terburuk sepanjang zaman.

Setelah melalui kesukaran dalam aksi penentuan sepakkan penalti para pemain Vissel Kobe terus meraikan kejayaan pasukan mereka menjuarai Piala Super Jepun tahun ini.

Iniesta juga meraikan kejayaan pasukkannya dengan memuat naik status menunjukkan kegembiraan beliau.

Permulaan tahun 2020 kita dah dapat lihat aksi hebat seperti ini. Melihat sembilan tendangan penalti berturut-turut yang tidak disudahi dengan jaringan.

Tahniah Vissel Kobe atas kejayaan menjuarai Piala Super Jepun yang penuh dramatik.

Baca yang lain